Perutusan Maal Hijrah (1432H) PACE

(Perutusan Maal Hijrah menjelang 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010)


 Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, PACE mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan.

Pada saat kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi dan memperbaiki taraf hidup, saudara-saudara kita berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dalam keadaan dinafikan hak mereka yang paling asas sebagai manusia. Mereka disekat daripada mendapat bekalan makanan, air bersih untuk minuman, ubat-ubatan dan bahan bakar. Mereka juga tiada jaminan keselamatan tempat tinggal kerana bila-bila masa sahaja tanah mereka akan dirampas, mereka dihalau keluar dan rumah mereka dirobohkan. Bahkan nyawa mereka sentiasa berada dalam keadaan bahaya akibat terdedah kepada serangan Israel yang boleh dilancarkan tanpa amaran dan secara tiba-tiba.

Inilah senario yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin pada saat kita menyambut Maal Hijrah. Bagi mereka tahun baru hijrah hanya menjanjikan satu kepastian iaitu perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa pasti diteruskan. Itulah azam yang tertanam kukuh dalam diri setiap umat Palestin. Cita-cita untuk melihat tanah suci al-Quds kembali ke pangkuan umat Islam tidak pernah luput daripada ingatan mereka. Bahkan inilah azam yang tidak pernah luntur dalam diri para pejuang sejak 64 tahun yang lalu.

Semangat jihad yang terus membara di sanubari mereka menjadi obor yang menerangi seluruh dunia Islam dan menyuntik kekuatan meski berhadapan dengan pelbagai pengkhianatan dan pembelotan daripada kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam yang berkepentingan yang bersekongkol dengan pihak musuh.

Jika diamati, setiap orang akan merasa insaf bagaimana mungkin sebuah umat yang diperangi oleh kuasa tentera yang keempat terbesar di dunia dan mendapat sokongan padu daripada kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah itu dapat bertahan puluhan tahun lamanya. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu yang sering memihak kepada kepentingan Zionis kerana didalangi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya sering gagal membela kepentingan dan hak rakyat Palestin. Apakah rahsia kekuatan mereka sehingga mereka tidak berganjak langsung dari prinsip perjuangan meskipun diasak dengan begitu hebat oleh Zionis, Negara kuasa besar bahkan rejim-rejim negara Arab yang menjadi boneka kepada kepentingan Amerika.

Semua ini menuntut umat Islam di Malaysia untuk mengambil inspirasi daripada satu perjuangan yang amat menakjubkan. Apakah yang mendorong satu umat yang tidak punya kekuatan tentera dan senjata untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat bantuan hampir tiga billion USD setahun dalam bentuk pelbagai senjata terkini. Bahkan mereka bukan sahaja berhadapan dengan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh, tetapi mereka turut dihujani dengan bom fosforus putih yang diharamkan. Kemusnahan kepada nyawa, harta benda dan tempat tinggal tidak dapat dibayangkan. Tetapi semua ini hanya meningkatkan semangat juang dan menyemarakkan lagi jihad di bumi Palestin. Pastinya umat yang berjuang di atas dasar jihad yang benar tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana kekuatan di bumi ini. Meskipun seluruh dunia menalakan senjatanya kepada umat yang sedemikian, mereka tidak akan mampu menumpaskan satu umat yang kekuatannya datang langsung dari Allah subhanahu wataala.

Hari ini ketika rakyat Gaza sedang bergelut dengan persoalan hidup dan mati, para pejuang menyibukkan diri mereka dengan mempersiapakan generasi akan datang. Lima puluh peratus anak-anak Gaza berhadapan dengan masalah kekurangan zat makanan. Sebahagian besar daripada mereka tidak dapat meneruskan persekolahan. Bukan sahaja bangunan sekolah sudah ranap menyembah bumi, bahkan kertas dan alat tulis juga tidak dapat dibekalkan akibat sekatan Israel dan penutupan sempadan Gaza dengan dunia luar.

Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah subhanahu wataala. Mereka tetap meletakkan harapan penuh yakin bahawa masa depan Palestin sudah dijamin dalam Islam. Oleh yang demikian, salah satu agenda penting yang diberikan perhatian penuh para pejuang ialah membina generasi pelapis. Mereka ditarbiyah dengan al-Quran. Mereka ditarbiyah untuk menjadi para hufaz yang membawa al-Quran di dalam dada-dada mereka.

Pada musim panas yang lalu mereka Berjaya menghasilkan 30,000 para hufaz cilik daripada kalangan anak-anak lelaki dan perempuan. Sebahagian daripada mereka bergelar hufaz hanya dalam tempoh tiga bulan atau lebih pendek daripada itu. Program melahirkan generasi Rabbani ini akan menjamin kelangsungan jihad untuk mempertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Dengan nukleus para rijal yang mempunyai kualiti tarbiyah imaniah ini, benteng-benteng pertahanan umat di bumi al-Quds akan terus dijamin terpelihara daripada pencerobohan dan pengkhianatan golongan yang cuba mengkhianati perjuangan ini.

PACE mengajak umat Islam untuk mengimbau perjuangan umat Islam di Palestin bersempena dengan Maal Hijrah. Apakah kaitan peristiwa Hijrah Nabi sallallahu alaihi wasallam dengan perjuangan yang ditempa oleh umat Islam zaman ini terutama di Tanah Suci al-Quds? Apakah hubung kait peristiwa besar dalam perjuangan Nabi sallallahu alaihi wasallam 1,400 tahun yang lalu dengan kesinambungan perjuangan umat Islam pada hari ini?

Pastinya peristiwa hijrah Nabi sallallahu alaihi wasallam bukan hanya satu peninggalan sejarah tetapi satu panduan yang terus relevan sepanjang zaman. Perjuangan Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah kemuncak segala perjuangan antara yang hak dengan yang batil, antara kebenaran dengan kepalsuan.

Allah subhanahu wataala telah menjadikan resam perjuangan yang batil sentiasa berada di pihak yang kuat dari sudut zahir dan luarannya. Semua itu menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak silau dan goyah melihat kekayaan dan kekuatan pendukung-pendukung kezaliman.

Nabi sallallahu alaihi wasallam berhadapan dengan penindasan dan penyeksaan golongan penguasa Quraisy selama 13 tahun menerajui perjuangan menegakkan kalimah Allah dan kebenaran di bumi Makkah. Mereka merupakan golongan minoriti yang sentiasa diasak oleh pemuka-pemuka Quraisy yang berkuasa, berpengaruh dan kaya-raya. Golongan inilah yang memegang tampuk kekuasaan dan tidak pernah berhenti-henti menyakiti Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan orang-orang yang beriman. Sebahagian mereka syahid di tangan penguasa-penguasa ini dan apa yang mampu dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam hanyalah menyuruh para sahabatnya bersabar.

Apabila semua penyeksaan dan penindasan ini tidak berjaya melemahkan keimanan maka mereka telah mengambil satu pendekatan di luar batas-batas persaudaraan bahkan di luar batas kemanusiaan. Umat Islam diboikot dan dikepung selama tiga tahun lamanya. Mereka tidak dibenarkan menghubungi dan menyambung silaturahim meskipun dengan ahli keluarga yang terdekat. Bekalan makanan disekat sehingga ada umat Islam yang meninggal dunia akibat kebuluran. Bahkan Saidatina Khadijah radiallahuanha dikatakan meninggal dunia kesan daripada kekurangan makanan.

Namun umat Islam tetap bertahan dan tidak sekali-kali menggadaikan keimanan mereka hanya untuk mengalas perut yang pedih menahan lapar. Mereka tetap bertahan meskipun anak-anak merintih pada waktu malam akibat menderita kelaparan. Tangisan yang memilukan pada waktu malam telah mendorong orang-orang Quraish yang masih punya hati untuk membekalkan makanan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui orang lain.

Allah subhanahu wataala telah menguji Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sehingga ke kemuncaknya dan kemudian memberi kelegaan kepada umat Islam dengan campur tangan Allah subhanahu wataala sendiri. Berakhirnya boikot rupa-rupanya menjanjikan dugaan yang lebih berat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Kematian dua orang yang paling disayangi dan yang paling kuat menyokong dan melindungi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam iaitu isterinya, Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Dalam keadaan menanggung kesedihan itu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak berputus asa dan tetap menjalankan amanat dakwah yang dipikulkan ke atas dirinya. Namun kunjungannya ke Taif bukan disambut dengan baik bahkan dilempari dengan batu sehingga baginda menanggung luka yang berat.

Pada saat sedemikianlah Allah subhanahu wataala memperjalankan Nabi dalam satu peristiwa yang menakjubkan iaitu Israk dan Mikraj. Perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha adalah langkah pertama ke arah kemenangan yang bakal datang. Kembalinya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam disusuli dengan siri-siri pertemuan dengan penduduk Yathrib. Rasulullah dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib dan diangkat sebagai pemimpin di Madinah. Peristiwa hijrah adalah kunci kepada kemenangan ini.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin pada hari ini, peristiwa hijrah adalah satu jaminan daripada Allah subhanahu wataala bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Kekuatan fizikal dan sokongan antarabangsa yang dinikmati oleh Israel tidak akan melindungi regim haram itu daripada kemusnahan. Sebagaimana kepungan dan boikot ke atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam gagal maka begitu juga sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza akan gagal dengan kuasa Allah subhanahu wataala. Sebagaimana komplot dan persekongkolan golongan Yahudi dan munafiq di Madinah begitu juga persekongkolan rejim-rejim Arab bersama Zionis untuk menekan gerakan Hamas dan gerakan Islam di Palestin akan menemui kegagalan. Golongan Ahzab moden yang diterajui oleh Amerika Syarikat akan gagal sebagaimana gagalnya golongan Ahzab dalam peperangan Khandak.

Keyakinan yang bulat inilah yang terus memercikkan api kebangkitan rakyat Palestin. Kini persoalannya ialah apakah peranan umat Islam sejagat? Adakah kita hanya sekadar menonton dan memberi ulasan-ulasan yang kadangkala terpisah daripada realiti sebenar?

Ramai umat Islam di luar sana berasa sangsi dengan janji Allah subhanahu wataala. Mereka bukan sahaja mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang menimpa tanah suci al Quds bahkan tergamak mencemuh para pejuang dengan kata-kata nista dan penghinaan. Sebabnya ialah umat Islam tidak kembali kepada persoalan dasar iaitu melihat perjuangan yang berlaku ini dalam konteks al-Quran dan sunah. Mereka mengukur kekuatan musuh dengan penilaian kebendaan lalu membuat kesimpulan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah usaha yang sia-sia.

Kami menyeru seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dalam menilai perjuangan umat Islam di Palestin. Kemenangan sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wataala bagi hamba-hamba-Nya yang berjihad dengan ikhlas dan penuh keimanan.

Hadis-hadis sahih Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada menyebut bahawa umat ini akan terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan mutlak kepada mereka. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah mereka itu, dijawab oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, mereka itu berada di Baitul Maqdis. Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberi jaminan bahawa pengkhianatan golongan yang berkhianat tidak akan memudaratkan mereka. Mereka akan tetap menjadi golongan yang menang. Golongan ini disebut oleh Rasulullah berjuang di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan pitu-pintu al-Quds (Baitul Maqdis).

Bersempena dengan Maal Hijrah 1432 ini PACE menyeru seluruh umat Islam supaya meletakkan satu azam untuk bersama-sama dalam jihad mempertahankan tanah suci. Umat Islam diseru memperuntukkan sebahagian daripada penghasilan mereka untuk perjuangan pembebasan al-Quds. Barangsiapa yang memberi bekal kepada para mujahidin maka dia juga adalah mujahidin.

Dengan mafhum hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam ini, PACE mengakhiri perutusan Maal Hijrah ini dengan harapan agar seluruh umat Islam bersama berganding bahu berjuang dengan segala daya dan upaya untuk menyokong jihad di bumi Palestin.


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
1 Muharam 1432H
www.ikram.org.my 

Program Dakwah Turun Ke Lapangan


Program Dakwah Turun Ke Lapangan
("Kito Saye Sek-Sek Kito")

Anjuran: Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM)
Tarikh : 11 Disember 2010 (Sabtu)
Tempat : KB Mall, Kota Bharu Kelantan
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada para penggerak dakwah tentang aktiviti dakwah di lapangan yang melibatkan masyarakat yang pelbagai karenah.
2.Mendekatkan masyarakat dengan para penggerak dakwah dan mendekatkan para penggerak dakwah dengan masyarakat.
3. Menonjolkan keprihatinan segolongan generasi muda terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya melibatkan generasi muda. 
4. Memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam mengaplikasikan ilmu agama yang dimiliki dalam membantu menggerakkan ummah yang kian lena.

Pendekatan:
1. Berbual-bual tentang perkara-perkara santai dengan para mad'u (golongan sasaran)
2. Mengedarkan risalah -risalah santai berkaitan beberapa isu seperti gejala sosial, aurat dan sebagainya.
3. Mengedarkan borang kaji selidik berkaitan isu-isu remaja kepada mad'u.
4. Menonjolkan akhlak Islamiyah dari sudut pemakaian, tutur kata, bahasa badan dan pemikiran. 

Golongan Sasaran:

Semua lapisan masyarakat

Keperluan:

1. Keikhlasan kerana Allah
2. Kefahaman tentang Islam
3. Keberanian
3. Rasa tanggungjawab akan dakwah
4. Perasaan sayang akan ummah

Berminat?

Sebarang keterangan lanjut atau pendaftaran boleh hubungi; Abu Mukhtar di talian 019-4554508 dan Akh Hafizuddin di talian 014-5147391. Anda juga boleh berkunjung di fanpage facebook GMM (taip Gabungan Mahasiswa Mulong ).
Kunjungi laman blog ini : http://kamimahasiswamulong.blogspot.com/


samb. Kenapa Barat Memerangi Negara Islam?

Bertitik tolak daripada keistimewaan dan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh Islam ini, Rasulullah s.a.w telah mengumumkan semasa Haji Wida’ di khalayak umum firman Allah;

Maksudnya: Hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku lengkapkan nikmatKu keatas kamu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama. (Al-Maidah: 3)

Sebagaimana ditegaskan kepada umat Islam di kebanyakan munasabah bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggalkan mereka di atas cahaya yang terang, malamnya adalah seperti siang, tidak terpesong daripadanya seorangpun kecuali dia merupakan seorang yang celaka.

Ditegaskan juga bahawa apabila mereka berpegang teguh dengan kitab dan sunnah, mereka tidak akan sesat buat selama-lamanya. Apabila mereka terpesong daripada syariat Allah dan mengabaikan syariatNya maka Allah akan menimpakan azabNya yang pedih kepada mereka. Bahkan musuh akan menguasai mereka lalu merampas sebahagian daripada apa yang ada di dalam genggaman mereka!!

1. Rasulullah s.a.w telah melaksanakan tugasnya menyampaikan risalah. Sewaktu baginda menemui Allah Taala, Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan sampai ke Tahamah dan Najran, memasuki Yaman dan Bahrain dan berakhir ke Syam.

2. Di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin: Lembayung Islam telah meluas ke dua buah kuasa besar iaitu Parsi dan Rom. Lembayungnya juga telah meluas ke Negara China di Timur dan ke negara Rumania dan Selatan Rusia. Keadilannya juga telah memasuki Negara Syam, Mesir, Kepulauan Tripoli dan Afrika. Semuanya itu berlaku dalam jangka masa tiga puluh lima tahun.

3. Menjelang tahun 102 hijrah: Di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Islam dan kerajaannya telah meluas sehingga ke Sri Lanka dan sebahagian besar Negara India, Turkistan dan sempadan negara China di Timur. Ia telah meluas ke Barat hingga ke Sepanyol yang terletak di Eropah.

Begitulah Islam telah membekalkan dunia dengan kekuatan dan kehidupan dan menguasai bumi dengan cepat dan hebat seperti perubahan malam dan siang.

Khalifah kerajaan Abbasiah Harun ar-Rasyid telah berupaya menggambarkan kepada dunia tentang keluasan kerajaan Islam dan meluasnya kekuasaannya di muka bumi apabila baginda berkata kepada awan yang lalu di atasnya tetapi tidak menurunkan hujan padanya; “Turunlah (wahai hujan) di mana sahaja yang engkau mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”.

Adakah kamu tahu -wahai pemuda- kenapa mereka terkejut dan kemarahan mereka memuncak?

Ini disebabkan tapak-tapak kaki umat Islam telah memijak bumi Eropah. Tenteratentera Islam telah sampai sehingga ke sempadan Perancis... Orang-orang Eropah telah terkejut daripada tidurnya dan berkata: "Sungguh pelik, agama apakah ini yang telah menguasai dunia dengan kekuatan dan ketangkasan yang mengkagumkan? Ia telah memerangi Rom, memasuki Itali, menawan Sepanyol dan kemudian cuba untuk merentasi Gunung Perancis untuk mengusai Perancis!"

Mereka telah mula berfikir dan merancang. Mereka berpendapat bahawa apabila Umat Islam dibiarkan dengan urusan mereka mengembangkan Islam, membuka negara demi negara dan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, sudah pasti tampuk pemerintahan dunia akan berada di tangan mereka, bahkan manusia seluruhnya akan berada di bawah kerajaan dan kepimpinan Islam.

Dengan itu mereka telah mengambil keputusan untuk berperang. Mereka membentuk tentera dan mengadakan persiapan peperangan serta bersatu di bawah satu panji sehingga mereka berupaya menghapuskan Islam -menurut tanggapan mereka-, menghapus umat Islam hingga ke akar umbinya. Hasilnya mereka tidak akan bangkit kembali walaupun sebentar.!!

Tetapi mereka yang dengki terhadap Islam itu telah menerima kekalahan, kehinaan dan keaiban di dalam peperangan Salib yang berturut-turut... dalam perang Hittin di tangan pahlawan yang terkenal Solahuddin al-Ayyubi. Mereka telah ditewaskan dengan teruk dan telah kembali ke negara mereka dengan penuh penyesalan.

Serangan demi serangan yang hebat ini telah menguatkan keimanan, keberanian, keazaman dan keyakinan umat Islam kepada agama mereka dan pertolongan Allah. Ini disebabkan seruan Allahu Akbar adalah laungan mereka, jihad adalah jalan mereka dan mati syahid di jalan Allah adalah setinggi cita-cita mereka.

Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.
Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Kenapa Barat Memerangi Negara Islam?

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- kenapa Barat dan Timur memerangi negara Islam? Kerana risalah Islam menerangi akal dan fikiran, dan berkembang ke seluruh alam dengan cepat dan mengkagumkan. Manusia telah menerimanya berdasarkan pilihan mereka sendiri dan mentaatinya. Dan kerana risalah yang kekal ini memiliki beberapa keistimewaan yang berikut:

Rabbaniah: Kerana ia lahir daripada Tuhan yang Mentadbir dan Bijaksana yang tidak luput daripadaNya sesuatu walaupun sebesar zarrah. Dia mengetahui segala sesuatu dan Dia telah meletakkan tiap-tiap sesuatu pada tempatnya yang munasabah.

Maksudnya: Dan bagi orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukuman yang lebih baik daripada Allah. (al-Maidah: 50)

Kekal: Kerana ia adalah kekal buat selama-lamanya, terpelihara di bawah pemeliharaan Allah sehingga hari akhirat.

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang akan memeliharanya. (al-Hijr: 9)

A'lamiah: Kerana pembawa risalah ini telah diutuskan kepada seluruh manusia dan alam sejagat.

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan berita menakutkan (peringatan). (Saba’: 28)

Syumul: Kerana ia merangkumi segenap espek kehidupan dan sistem yang diperlukan oleh manusia di dunia dan akhirat, memenuhi keperluan semasa dan masa akan datang, ketika perang dan ketika aman.

Maksudnya: Dan Kami telah menurunkan kepada engkau (wahai Muhammad) Al Quran sebagai penjelas kepada setiap sesuatu serta sebagai pembawa rahmat dan berita gembira kepada orang orang Islam. (an-Nahl: 89)

Merubah: Kerana terkandung di dalamnya dakwah para anbiya’, memelihara kebenaran yang diturunkan kepada seluruh risalah terdahulu, dan Allah telah redha supaya ianya mengatasi seluruh agama yang lain.

Maksudnya: Dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara dan mengawasinya. (al-Maidah: 48)

Menyumbang sistem perundangan: Kerana ia muncul di bidang perundangan dan ijtihad dengan dasar-dasar dan kaedah-kaedahnya yang umum serta furu’-furu’nya. Dengan itu, ia mampu menangani keperluan zaman dan perubahan semasa terutama hukum-hukum yang berhubung dengan muamalat, permasalahan undang-undang, sistem ekonomi, perhubungan sosial dan hubungan antarabangsa.

Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam Al Quran ini. (yakni segala yang diperlukan mengenai dunia dan akhirat, ada diterangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al Quran [tafsir pimpinan ar-Rahman]). (al-An’am: 38)

ENAM KESILAPAN MEMBUAT RESUME

1)    Salah ejaan dan tatabahasa

Kesalahan ejaan walaupun satu huruf sering dianggap remeh. Tetapi jika ini berlaku, secara tidak langsung ia menggambarkan anda seorang yang tidak teliti dan kurang  cermat.

2)    Menggunakan alamat sementara

Gunakanlah alamat tetap yang membolehkan sebarang surat menyurat dijalankan dengan lancar. Sebahagian tawaran temuduga pada masa ini masih dibuat menggunakan sistem pos. Jika alamat sementara, dibimbangi surat tawaran tidak akan sampai ke tangan anda pada masa yang sepatutnya.

3)    Menggunakan talian telefon yang tetap

Seboleh-bolehnya letakkan beberapa nombor telefon sebagai rujukan. Jika satu nombor tidak dapat dihubungi, syarikat boleh menghubungi anda menggunakan nombor yang lain (sebagai contoh, telefon bimbit dan telefon rumah). Elakkan juga sikap suka menukar-nukar nombor telefon agar komunikasi anda berjalan lancar.

4)    Gambar tidak sesuai

Kepilkan gambar yang sesuai bersama resume anda. Gunakan gambar berukuran pasport dan bukannya digunting daripada kepingan gambar biasa. Pastikan penampilan kemas dan tidak serabut dengan pakaian yang berwarna-warni dan sarat.

5)    Melipat resume

Jangan lipat resume anda. Ia lebih kemas jika diisi di dalam sampul surat bersaiz A4.  Majikan juga mudah membaca resume anda tanpa perlu membuka lipatan yang pastinya menyusahkan.

6)    Tiada surat permohonan

Sertakan bersama surat permohonan sebagai iringan. Di situ nyatakan dengan jelas jawatan yang diminta dan mengapa anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Ia juga sebagai satu sokongan agak majikan memilih anda untuk dipanggil menghadiri temuduga.

samb. Sejarah Kaunseling

Makmal Psikologi

Pada tahun 1879 , Wilhelm Wundt mengujudkan makmal psikologi eksperimental di Liepzig, Germany. Hasil daripada ujikaji-ujikaji, para penyelidik mula memahami erti gerak balas sistem saraf, rasa sensasi, nadi saraf dan kaitan antara jasad fizikal dengan mental. Ini memberi sumbangan kepada konsep kesihatan individu dan penemuan kaedah baru dalam memberi pertolongan.

Pendekatan Baru Dalam Rawatan Mental

Pada masa dahulu, rawatan mental terletak di tangan pawang atau 'magic healers', ahli agama atau pengubat dengan cara-cara yang ganjil dan tidak saintifik. Philippe Pinel (1793) di Perancis dianggap sebagai pengasas pergerakan kesihatan mental. Lepas Pinel muncul pula Jean-Martin Charcot seorang neurologis pakar. Beliau berminat dengan penyakit psikosomatik. Beliau mengambil masa yang lama mengkaji pesakit 'gila babi' atau epilepsy yang mendapati tidak ada apa-apa silapnya dengan tubuh badan. la menamakannya sebagai hysteria. Hipnosis digunakan sebagai alat klinikalnya.

Rakan Charcot yang berama Pierre Janet menemui kaedah merawat penyakit yang dikesan oleh Charcot. Charcot menggunakan hipnosis untuk diagnosis tetapi Janet menggunakannya untuk merawat. Hipnosis dapat membantu klien untuk mengingati ingatan yang telah lama terpendam. Klien menjadi pulih secara menakjubkan. Janet menamakan kaedah itu sebagai 'catharsis'. Pelajamya kemudian merevolusikan kaedah ini. Pelajar itu ialah Sigmund Freud. Freud, sebagai pelajar susah, mendapat biasiswa untuk pergi ke France, menjadi pelajar kepada Charcot. Setelah tamat, Freud berkerjasama dengan Josef Breuer menggunakan apa yang mereka namakan cathartichypnotic untuk merawat pesakit histeria.

Perubahan-perubahan yang telah diperkenalkan oleh Freud dan pengikut-pengikutnya dengan segera disambut oleh masyarakat Amerika yang sangat menghargai apa jua yang berunsur baharu. Psikologi Adler, rnisalnya diterima dengan baik dan mempengaruhi perkembangan kaunseling di Arnerika. lni termasuk juga pengaruh psikologi perlakuan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Watson dan Skinner.

Pengaruh Gerakan Kemanusiaan

Carl R Rogers adalah seorang ahli psikologi yang dilatih dalam gerakan psikoanalisis tetapi kemudiannya tidak menyetujui kaedahnya. Rogers juga dilihat sebagai pengkritik utama terhadap pengaruh kuantitatif. Ia beranggapan bahawa setiap individu hendaklah dilihat secara keseluruhan, unik, berbeza dan penting bukannya sebagai bahan bukti kepada sesuatu perlakuan, pembelajaran atau perhubungan psiko-sosial. Cari R Rogers mempelopori "non-directive psychology". Pengaruh Rogers sangat besar kepada dunia kaunseling. la menjadi asas kepada pembinaan sikap kaunselor dan ahli psikologi terhadap klien mereka. Rogers dianggap orang yang telah menggabungkan kaunseling dengan psikologi. Daripada sini juga kemudiannya psikologi 'existential' berkembang dan mempengaruhi psikoterapi, kaunseling vokasional, latihan kerja, kerja personelia dan kaunseling pemulihan.

Pada peringkat awal di Amerika Syarikat pandangan terhadap pesakit mental tidak jauh berbeza dengan apa yang terdapat di Perancis pada era pra-Pinel. Pandangan stereotaip tentang pesakit mental diamalkan secara meluas. Tidak terdapat satu dasar negara mengenainya, tidak ada tokoh yang mempelopori gerakan kesihatan mental dan tidak ada organisasi kemanusiaan yang mengambil hirau mengenainya. Pesakit-pesakit mental dianggap sebagai anggota masyarakat yang sangat hina statusnya. Mereka yang dianggap sebagai sakit mental diasingkan daripada orang ramai dengan alasan demi kebaikan diri mereka dan keamanan masyarakat. Walau pun gerakan bimbingan vokasional telah sedia wujud pada penghujung kurun ke-19, namun sikap seperti ini tidak berubah.

Kes Clifford Beers telah menjadi titik tolak yang sangat penting kepada perubahan sikap masyarakat terhadap isu kesihatan mental. Beers mengalami schizophrenia dan dimasukkan ke institusi sakit mental. Di situ dia dilayan dengan buruk seperti pesakit-pesakit mental yang lain. Apabila Beers telah pulih sedikit dan agak mampu untuk berfungsi, ia telah menulis sebuah buku yang menceritakan pengalaman buruknya di institusi mental. Buku yang bedudul 'A mind that found himself' telah menjadi jualan laris atau 'best-seller'. Buku itu menceritakan penderitaan mereka yang dilabel pesakit mental di institusi mental.

Melalui buku itu juga Beers rnenyeru supaya dilakukan refomasi daripada segi sikap masyarakat terhadap golongan itu. Beers kemudiannya menjadi aktivis sosial yang menyeru ke arah refomasi sikap masyarakat. Jika Freud dianggap sebagai pengasas kepada konsep rawatan kesihatan mental moden, Beers pula dianggap sebagai orang yang mengasaskan pelaksanaannya, terutamanya dari segi corak hubungan masyarakat luas dengan mereka yang dianggap sakit mental.

Pengaruh kerja-kerja makrnal Wundt pula berkembang dengan meluas apabila pelajar-pelajar psikologi di Amerika ghairah dengan kerja-kerja makmal manusia. Hampir di seluruh Amerika kemudiannya terdapat makmal-makmal sains perlakuan dengan pelbagai aktiviti ujikajinya. Antara pelajar yang kemudiannya menjadi terkenal dan penting kepada perkembangan psikologi di Amerika ialah Granville Stanley Hall. Ramai orang di Amerika menganggapnya sebagai father of American Psychology.

Hall menjadi pelopor kepada penubuhan American Psychological Association (APA). Beliau telah menghasilkan graduat pada peringkat kedoktoran (doctorate) dalam bidang psikologi. Hall telah membina makmal psikologi di Universiti John Hopkins, Baltimore pada tahun 1883. Dua tahun kemudian makmal-makmal psikologi ditubuhkan di tempat-tempat lain seperti Harvard, Pennsylvania, Brown, Stanford, Yale, Comell, Indiana dan Chicago. Pada tahun 1887, Hall meninggalkan Baltimore dan menjadi Presiden kepada Universiti Clark dengan pangkat Profesor Psikologi. Di situ, ia melatih ramai tokoh psikologi Amerika termasuk L.M. Terman yang terkenal dengan kajiannya terhadap 'gifted'. Hall mengasaskan kajian kuantitatif yang kemudiannya menggerakkan gerakan pengukuran atau 'testing movement' di Amerika.

Para kaunselor kemudiannya begitu dipengaruhi oleh kepercayaan tentang kepentingan pengukuran dalam kaunseling. Gerakan pengukuran kemudian menjadi begitu penting. Pengaruh yang dimulakan oleh ahli sains British, Sir Francis Galton, yang berusaha mencipta alat ukuran IQ diresapi pula oleh pengaruh Alfred Binnet yang membina pengukur IQ, Lewis M. Terman yang mengukur alat pengukur itu kepada populasi yang besar hinggalah kepada kerja-kerja Edward L. Thondike. Perkembangan kaunseling dari awal lagi telah didapati berkait rapat dengan perkembangan pergerakan pengujian dan pengukuran.
Dengan kemasukan kaedah kuantitatif ini, keperluan klien dapat diukur bersama dengan kebolehan, kecenderungan, dan masalah untuk menilai keperluan kaunseling. Menjelang 1950 hampir tiada aspek kaunseling yang tidak melibatkan pengukuran. Walaupun selepas 1960-an dengan 1970-an menyaksikan kebangkitan kritikan terhadap pengukuran seragam/piawai atau 'standardised test', bidang kaunseling tetap melihat pengukuran sebagai mempunyai fungsi penting dan berkesan. Jika pengukuran digolongkan bersama dengan kaedah makmal psikologi, kaedah empirikal dan kuantitatif maka bidang kaunseling mendapat dimensinya yang saintifik.

Gerakan Vokasional

Pada dekad pertama kurun ke- 20, gerakan bimbingan vokasional telah tersebar luas di seluruh Amerika. Gerakan pendidikan progresif membawa gagasan bahawa individu perlu ditolong mengenali dirinya melalui alam pekerjaan. Matlamat bimbingan untuk memenuhi kehendak hidup sangat secocok dengan gerakan kaunseling.

Frank Parson adalah tokoh yang mempelopori gerakan ini. Beliau adalah seorang pendidik yang bergerak di Boston, Amerika Syarikat. Beliau membawa slogan "the useful and happy life" atau hidup yang berguna dan gembira. Parson dianggap sebagai orang yang sangat penting dalam sejarah pembaharuan Amerika. Pendidikan vokasional bukan sahaja berguna kepada anak-anak muda bahkan mengakibatkan reformasi sosial telah berlaku di Amerika. Gerakan vokasional ini telah didorong oleh keadaan sosial Amerika termasuk kerja-kerja pembinaan yang besar-besaran, penemuan teknologi baru, perpindahan ilmu dan teknologi dari Eropah dan situasi di luar bandar Amerika. Masyarakat Amerika berubah daripada masyarakat homogeneous pertanian kepada masyarakat bandar yang heterogeneous. Perpindahan beramai-ramai dari Eropah menambahkan lagi kepelbagaian masyarakat Amerika. Secara umum, keperluan terhadap kaunseling didorong oleh perindustrian, pengkhususan, pembandaran, perubahan peranan wanita, keperluan terhadap pendidikan yang meningkat, bilangan pelajar di institusi pendidikan yang meningkat, kurikulum sekolah yang semakin luas, perkembangan sekularisme, kehendak kepada pendidikan yang berguna, dan kemunculan pelbagai teori baharu mengenai pendidikan. Parson pada 1895 menawarkan perkhidmatan kaunseling vokasional untuk menghindarkan para belia daripada terperangkap dalam pekerjaan pertama dan yang paling mudah didapati. Parson membimbing para belia supaya memilih kerjaya dengan cara melengkapkan diri dengan pengetahuan yang luas mengenai sesuatu pekerjaan yang hendak diceburinya.

Sejarah Kaunseling

Pendahuluan

Pada asasnya perkhidmatan kaunseling berasal dari Amerika. Mungkin masyarakat lain boleh mengaku bahawa kaunseling sudah sedia wujud dalam masyarakat masing-masing, tetapi yang nyata perkhimatan itu diperkembangkan di sana. Suasana masyarakat di negara itu menyumbang kepada kemajuan perkhidmatan kaunseling. Amerika sebagai sebuah tamadun baharu dunia, sangat menghormati dan memberi nilai yang tinggi kepada keindividuan. Masyarakat di sana mendokong semangat dan kepercayaan bahawa setiap individu itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Sejarah orang Amerika yang kebanyakannya pendatang sangat percaya bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang ditentukan oleh individu itu sendiri.

Kepercayaan ini ditambah pula oleh kemajuan ekonomi yang dicapai oleh negara itu. Oleh kerana ada kemewahan hidup, orang Amerika mampu memberi layanan kepada setiap individu rakyatnya. Ini sesuai dengan semangat kaunseling yang bertujuan memberi sokongan supaya setiap orang mampu berkembang mengikut kemahuannya. Keadaan tentu berbeza kiranya masyarakat itu menekankan supaya individu berkembang mengikut tuntutan luar terhadapnya. Masyarakat yang menghadkan hak individu menentukan arah hidupnya, seperti tuntutan masyarakat, politik, agama atau desakan hidup tidak akan membolehkan khidmat kaunseling berkembang.

Catatan Kemunculan \perkhidmatan Kaunseling di Amerika Syarikat

Banyak penulis mengatakan bahawa Jesse B. Davis ialah orang telah memulakan tugas dengan panggilan sebagai kaunselor di Central High School, Detroit, Michigan pada tahun 1898. Tumpuan perkhidmatannya ialah membantu pelajar dalam lapangan bimbingan pendidikan dan vokesional. Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, William R.Harper, Presiden Universiti Chicago begitu menekankan tentang pengajaran mengikut kesesuaian individu dan keperluan kepada personalia yang pakar. Ini terkandung dalam ucapannya yang bedudul 'Scientific Study of the Student'.

Pada tahun 1906, Eli Weaver menulis buku yang bedudul “Memilih Kerjaya” atau 'Choosing a Career'. Biro vokasional telah dibuka di Boston pada 1908 dengan dipelopori oleh Frank Parson. Pada tahun 1909, Parson telah menulis panduan cara-cara membimbing yang telah digunakannya terhadap 80 orang belia yang telah menggunakan khidmatnya.

Klinik bimbingan yang bersistematik dikatakan muncul sebagai hasil kerja William Healy setelah tertubuhnya Institut Juvana Psikopatik. Persidangan bimbingan yang pertama diadakan telah berlangsung di Boston pada tahun 1910. Pada tahun 1911 Universiti Harvard buat kali pertama menawarkan kursus bimbingan pada peringkat universiti.

Pengajamya yang pertama ialah Meyer Bloomfield. Di Negeri Michigan, pada tahun 1912, di bandar Grand Rapids ditubuhkan jabatan bimbingan di dalam sistem persekolahannya. Grand Rapids kemudiannya menjadi tapak penubuhan Persatuan Kebangsaan Bimbingan Vokesional pada tahun 1913.

Di dalam sistem pendidikan pula, Perkhidmatan Bimbingan dan Maklumat Pekerjaan telah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat pada tahun 1938. Ketua Jabatannya ialah Harry A.Jager. Pada tahun 1939, Kamus Nama-Nama Pekerjaan telah diterbitkan. Pada tahun 1942 buku Sejarah Bimbingan Vokasional hasil tulisan John M. Brewer telah terbit. Perkhidmatan bimbingan vokasional dibenarkan menggunakan peruntukan kewangan kerajaan pusat dengan berkuatkuasanya George-Deen Act 1938 dan kemudiannya melalui akta George-Barden 1946. Pada tahun 1951 pula, Persatuan Bimbingan dan Personalia telah tertubuh. Akta Pendidikan mengenai Pertahanan Nasional yang diperkenalkan sebagai reaksi kepada pelancaran Sputnik I oleh Rusia pada tahun 1957, telah menyediakan sumber kewangan bagi memperkukuhkan program bimbingan dan menyediakan latihan bagi kaunselor sekolah. Suruhanjaya Bimbingan di sekolah di Amerika telah mengeluarkan laporan pada tahun 1962 yang menyentuh keadaan kaunseling pada ketika itu dan pada masa depan sambil mengemukakan pelbagai cadangan untuk faedah jangka panjang. Laporan yang bertajuk 'The Counselor in a Changing World' telah ditulis oleh C. Gilbert Wrenn. Pada tahun 1964, Fasal 5 Akta Pendidikan Pertahanan Nasional telah dipinda bagi memasukkan latihan kaunselor sekolah rendah dan bantuan kewangan kepada aktiviti bimbingan pada peringkat itu. Melalui pindaan itu peruntukan juga disediakan untuk melatih kaunselor di institusi pengajian tinggi.

Pada tahun-tahun 1860-70-an perhatian lebih tertumpu kepada usaha memperjelaskan peranan dan fungsi kaunselor, soal akauntabiliti dalam kaunseling, soal penggunaan pendekatan kelompok, penggunaan komputer bagi maklumat kerjaya dan teknik-teknik mengubahsuai tingkahlaku.

Faktor Pendorong


Konsep dan teknik kaunseling moden berkembang hasil pengaruh sosial, psikologi dan persekitaran. Interaksi antara ketiga-tiga faktor itu menyediakan suasana yang subur untuk kemunculan dan perkembangan kaunseling. Antaranya ialah pengaruh daripada gerakan pembaharuan sosial. Bandar-bandar berkembang pada tahun 1800-an dan membawa perubahan besar kepada cara hidup, keadaan ekonomi dan sosial Amerika. Kemiskinan, ketidakadilan, rasuah dan sebagainya telah memperkukuhkan desakan terhadap keperluan pembaharuan sosial. Beberapa buku telah diterbitkan antaranya How the other Half Lives (Jacob Riis) History of the Standard Oil Company (Ida Tarbell) , lhe Treason of the Senate (David Graham Phillips), The Jungle (Upton Sinclair), The Bitter Cry of the Children (John Spargo). Buku-buku ini menyeru kepada perubahan sosial di Amerika. Sebagai reaksi kepada kebobrokan masyarakat, tertubuhlah pelbagal pertubuhan sukarela untuk perumahan, biro-biro kerajaan dan perkhidmatan jagaan dan pemulihan. Tokoh-tokoh perubahan cuba mengubah punca-punca penyakit masyarakat seperti kemiskinan, kejahilan dan jenayah. lklim seperti inilah yang telah mendorong kepada bermulanya kepentingan perkhidmatan kaunseling.

Kisah Saidina Umar Al-Farouq


Selamat menonton dan membaca video di atas. Moga menjadi ibrah dan peringatan buat kita semua.

Menjejak Dosa Di Alam FACEBOOK

by Usrah Ikhwan Online

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian.

Dipetik daripada;Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Cinta dan Kasih

Dulu,

Aku tidak mengerti erti cinta dan kasih,

Kerana tika itu aku masih kecil,

Masih mentah untuk menilai erti cinta,

Apabila dewasa aku terasa hati ini kekosongan,

Apakah yang perlu diisi?


Kini,

Aku mengerti segala-galanya,

Walau ku mengharap cinta manusia,

Ia tidak seberapa cinta Ilahi,

Baru ku sedar kini,

Cinta abadi cinta-Mu Ya Allah,

Cinta-Mu lah yang ku harapkan,

Jangan Engkau biarkan ku sendirian,

Melayari bahtera hidup yang sentiasa dibadai ombak,

Terimalah cinta dan kasihku,

Jua sebagai kekasih-Mu

JOM SENYUM SEBENTAR

Di dalam sebuah kelas, terdapat seorang cikgu bertanya kepada murid-muridnya dengan keadaan bergurau.
          "Siapa rasa bodoh, sila berdiri sekarang." Tiba-tiba, murid yang duduk di bahagian belakang sekali berdiri. Cikgu itu bertanya kepadanya dengan penuh kehairanan.
          "Awak rasa bodoh, Ahmad?"
          " Tidak cikgu, saya tak rasa bahawa diri saya ini bodoh."
          " Habis tu, kenapa awak berdiri?"
          " Sebenarnya cikgu, saya tak sampai hati tengok cikgu seorang je yang berdiri."

PEMERGIANMU RAMADAN

          Assalamu’alaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh. Sudah lamanya rasanya tidak menukilkan sesuatu pada blog ini. Mungkin disebabkan keterbatasan masa dan perkara lain. Alhamdulillah, berkesempatan jua. Walaubagaimanapun, ana akan cuba menulis sesuatu, pandangan dan perkara lain. Untuk pengetahuan semua, ana tengah meng’update’ blog ini, ‘edit’ itu dan ini agar lebih ceria dan tidak jemu untuk ditatapi oleh pembaca sekalian. Maaf lar yer, tak sempurna lagi. He3

          Ana ingin bertannya kepada ikhwah akhwat, muslimin muslimat sekalian. Apakah perasaan antum semua apabila berakhirnya Ramadan dan bermulanya Syawal? Gembira, sedih, rasa biasa je, ingin menangis, rindu akan Ramadan dan excited nak beraya? Menurut Yusuf Qardawi, satu Syawal merupakan hari yang disunatkan untuk bergembira. Jadi, apakah definisi gembira pada pandangan antum sekalian? Boleh kiranya ana ingin berkongsi pandangan ana di sini.

          Gembira ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, rasa gembira berakhirnya berakhir Ramadan dan kedua, rasa gembira hadirnya Syawal. Rasa gembira apabila berakhirnya Ramadan dan hadirnya Syawal mungkin sesetengahnya menganggap perkara tersebut adalah sama. Jadi, ana tambah sedikit. Perasaan gembira yang pertama, disusuli oleh perasaan gembira hadirnya Syawal. Seterusnya, perasaan gembira kedua, disusuli oleh perasaan sedih berakhirnya Ramadan. Cuba kita faham dua kategori gembira tersebut pada maksud yang tersirat.

          Perasaan gembira apabila berakhirnya Ramadan, semestinya disusuli dengan perasaan gembira apabila hadirnya Syawal. Bunyi letupan ‘bom’ yang bersahut-sahutan menggambarkan betapa gembiranya mereka apabila dapat meraikan Syawal pada keesokannya. Apakah mereka juga gembira bahawa Ramadan telah berakhir? Ana ada bertanya kepada seorang sahabat kebetulan dia bersama adiknya bermain mercun, “wah, kuat main mercun.” Dia menjawab, “Raya kan.” Jadi, apakah konsep raya yang difahami olehnya? Apakah raya ini adalah satu pembebasan daripada beban dan ‘kekejaman’ puasa yang tidak membolehkan umatnya makan serta minum pada siang hari? Telah merdeka daripada segala kepayahan dan keperitan Ramadan? Kegembiran menyambut Syawal diceriakan dengan lagu-lagu yang lagho, cara pemakaian yang mencolok mata, ikhtilat yang tidak terjaga dan perkara lain yang tidak mencerminkan keindahan Syawal sebenarnya, malah merosakkan. Apakah itu konsep Syawal yang difahami oleh mereka? Inilah sifat orang yang gembira apabila berakhirnya Ramadan dan hadirnya Syawal.

          Perasaan gembira apabila hadirnya Syawal memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini kerana ketika ini lah sanak saudara dapat berkumpul bersama-sama, iaitu sebelum ini tidak dapat berbuat demikian. Apakah wujud perasaan gembira dalam kalangan mereka bahawa Syawal adalah satu sambutan kemenangan bagi mereka yang telah bersungguh-sungguh dan bertungkus-lumus dalam melaksanakan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain? Mengapa kebanyakan umat wujud perasaan gembira di hari raya walaupun ibadah pada bulan Ramadan sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain, tidak seberapa? Mengapa sifat kita tidak seperti para sahabat iaitu apabila datangnya Ramadan mereka gembira dan apabila berakhirnya Ramadan mereka sedih? Jika kita sedih seperti para sahabat, apa buktinya? Kita muntah darah dalam bulan Syawal dengan mengunjungi rumah-rumah sahabat dan sanak saudara, tetapi puasa enam di bulan Syawal kita abaikan?

          Ana rasa sampai di sini je lah. Cuba renung-renungkan, semoga dapat muhasabah dan memberi peringatan buat diri ana dan pembaca sekalian. Jangan ada yang terasa yer. Siapa yang minum jus oren, dia yang terasa masam. :) Selamat Terus-Menerus Menunaikan Ibadah dan Salam Aid Fitri Mubarak.

Majlis Pelancaran IKRAM



KUALA LUMPUR - Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara, sebuah gerakan Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilancarkan pagi tadi. Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.
Sungguhpun IKRAM nama baharu dalam dunia gerakan Islam di negara ini, ia bukanlah pertubuhan (NGO) yang baru hendak bertatih. IKRAM lahir hasil gabungan lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.
Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.
Dalam sidang media yang diadakan seusai pelancaran tersebut, Dr Parid menjelaskan IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang komprehensif dan tidak memberikan fokus kepada bidang-bidang tertentu sahaja kerana dakwah adalah hak semua orang.
Bingkisan Islam yang hendak disampaikan oleh IKRAM adalah untuk semua manusia tanpa mengira agamanya agar lebih ramai yang dapat menerima kebaikan Islam dan sujud kepada Pencipta alam.
"Walaupun begitu, kita tetap berpegang kepada konsep bahawa tidak ada paksaan dalam beragama. Mereka yang belum bersedia menganut Islam tiada halangan untuk berdialog dan bekerjasama dengan kita dalam bidang-bidang tertentu," katanya.
Antara matlamat IKRAM yang disebut dalam perlembagaannya adalah menyebarkan Islam melalui dakwah, meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam, memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial dan menegakkan syariat Islam secara praktikal. Selain yang demikian, IKRAM bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam, sesuai dengan moto IKRAM, 'Ukhuwah Teras Kegemilangan'.
IKRAM menyatukan dalam satu organisasi kerja-kerja dakwah yang telah diusahakan oleh ahli-ahlinya di bawah pelbagai nama. Dengan tertubuhnya IKRAM, kegiatan-kegiatan seperti dakwah kepada yang belum Islam, pendidikan, wanita, remaja, belia, kebajikan, bantuan kemanusiaan, hak asasi manusia dan urus tadbir yang baik (good governance) akan digabung (consolidate) dan diperteguh.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Setiausaha Agung, Haji Zaid Kamaruddin dan Ketua Wanita, Ustazah Maznah Daud. Kebanyakan media utama negara termasuk daripada akhbar berbahasa Cina turut hadir membuat liputan majlis pelancaran dan sidang media IKRAM itu.
Menjawab satu soalan, Dr Parid menerangkan bahawa IKRAM berusaha membawa konsep dakwah yang dapat diterima oleh semua pihak demi mewujudkan kefahaman serta amalan hidup yang selari dengan tuntutan massa.
"Yang penting, ia mestilah tidak terkeluar daripada landasan Islam. Kita mesti yakin Islam itu baik bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga untuk yang belum Islam," ujar lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Fiqh dan Usul Universiti Jordan, Amman ini.
Pelancaran IKRAM hari ini sekali gus melancarkan lagu rasmi pertubuhan itu yang menarik dan bersemangat. Lagu berjudul 'IKRAM' tersebut ditulis oleh Prof Dr Hatta sendiri manakala lagu dan vokalnya disampaikan oleh kumpulan SaffOne.
Sesi kedua majlis diserikan dengan Tazkirah Perdana oleh Ahli Lembaga Timbangtara IKRAM, Ustaz Alias Othman berjudul 'Bekalan di Perjalanan' dan ucapan berapi-api oleh Ustaz Hasanuddin Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif yang turut menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.
Seorang pengunjung, Azhar Maluddin, 45, berkata, jumlah kehadiran yang begitu ramai pada hari ini memberi petanda yang amat baik.
"Pelancaran IKRAM yang dihadiri tidak kurang daripada 5,335 hari ini mampu memberi impak yang besar kepada ahli-ahli. Ia menunjukkan IKRAM boleh mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada ahli-ahlinya apabila diperlukan," katanya.
Sementara itu, gerai-gerai yang dibuka di lobi dewan, terutamanya yang menjual barangan berkaitan Palestin mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung.

Berita oleh: A Ralim M Yaseen

Kenyataan Ulama sedunia tentang serangan ke atas flotilla LL4G

Kenyataan barisan ulama seluruh dunia mengenai serangan zionis ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Saidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya.
Sesungguhnya barisan ulama yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza.
Para ulama beserta majoriti umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan keciwa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.
Barisan ulama juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis.
Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang-orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza. Juga kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.
Justeru, barisan ulama menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulama mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.
Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.
Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuh an, institusi-institusi , rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini.

Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama: Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu realiti yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya) , sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah: 87)
Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan tali barut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua: Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negatif sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang-ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya.
Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah.
Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka. Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini.
Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara-bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga: Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar.
Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung. Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

 Keempat: Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuhan serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki. Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima: Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara Arab, negara Islam dan semua negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan.
Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorang pun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam: Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan-keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah negara.
Dedahkan identiti mereka dan usir mereka dari semua negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh: Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.
Oleh kerana ulama dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulama dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang.
Ulama dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya.
Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

Ditandatangani oleh:
Dr. Sofwat Hijazi – Mesir, Dr. Muhammad Musa asy-Syarif – Saudi, Dr. Solah Sultan – Mesir, Syeikh Salim asy-Syeikhi – Libya, Syeikh Muhammad al-Amin – Bahrain, Syeikh Majd Makki – Syria, Syeikh Akram Kassab – Mesir, Dr. Hamdy Arsalan – Turki, Dr. Khalid Hanafy – Mesir, Dr. Muwaffaq Kadasah – Saudi, Dr. Sa’eid al-Ghamidy – Saudi, Dr. Abdul Ghani at-Tamimy – Palestin, al-Qadhi Muhammad Tais al-Jamily – Qatar, Dr. Saleh Sowwab – Yaman, Syeikh Hasan Qatarji – Lubnan, Dr. Muhyiddin Ghazi – India, Syeikh Muhammad al-Hasan bin ad-Dadu – Mauritania, Syeikh Wasfy ‘Asyur Abu Zaid – Mesir, Dr. Ahmad Abu Bakar Jumi – Nigeria, Dr. Abdul Hayyi Yusuf – Sudan, Dr. Abdul Wahhab ad-Dailamy – Yaman, Dr. Umar Abdul Aziz – Mesir, Syeikh Khalid Saifullah ar-Rahmany – India, Syeikh Amin al-Uthmany – India, Dr. Muhammad Abdul Maqsud – Mesir, Dr. Abdul Sattar Fathullah Sa’eid – Mesir, Dr. Yahya Ismail – Mesir, Dr. Ali as-Solaby – Libya, Dr. Ahmad ar-Risuni – Maghribi, dan ramai lagi….

(sebenarnya terdapat 108 nama, rasa cukup dimasukkan sebahagian saja)


Dipetik daripada Laman Web Aqsa Syarif

Kekejaman Israel Terhadap Konvoi LifeLine4Gaza

Ana terkilan dan geram akan tindakan pihak Israel laknatullah yang menyerang konvoi Gaza. Tak pasal-pasal kapal Mavi Marmara diserang dengan helikopter. Memang dasar pengecut!! Dia ingat hebat sangat ke?

 Lebih kurang 20 syahid dan 30 lagi cedera. RAsa tak bermakna ana ahli Aqsa Syarif, jika tak berjuang bersama mereka. InsyaAllah di lain kesempatan. Mari kita bersama-sama berdoa agar tahanan selamat dan puak sekutu Israel dihancurkan secepatnya.

Tak mengapa, biar mati syahid atau hidup mulia!! ALLAHU AKBAR!!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari beritasemasa.com
atau
klik pada link ini dibawah.
ISRAEL LAKNATULLAH

Pameran Aqsa Syarif

Pada hari Sabtu (1 Mei 2010), bersempena dengan Hari Terbuka DUN Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, pihak Aqsa Syarif Kelantan telah menempah gerai untuk diadakan pameran, edaran risalah, tayangan video Palestine dan jualan cenderahati seperti button badge, pen, keychain, selendang, sticker kereta, tabung, penanda buku serta buku nota. Buku ilmiah juga turut dijual disamping mengadakan kutipan derma untuk Palestine. Ramai juga yang hari ke Hari Terbuka DUN Gual Ipoh, termasuk kaum India.

Ehmm, ada perkara yang melucukan ketika ana dengan sahabat ana, Hamizan tengah menjaga gerai Aqsa Syarif ni. Ada ana kaum India datang ke gerai kami, tanya itu dan ini.Hamizan pula, belanja la dua penanda buku (RM 1, satu) kepada budak-budak kecil India tu.

Lebih kurang 5 minit kemudian, budak-budak tu bawa kawan-kawannya untuk ambil penanda buku.Rupa-rupanya, budak-budak tu ingat dapat percuma. Diorang sempat lah ambil dua keping. Terpaksa guna duit ana RM2 lagi. Lepas tu, apa lagi.. simpanlah yang lebih. Nasib baik budak India tu tak bawa kawan-kawannya satu bas, kalau tak...:-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...