SERINGKALI MANUSIA TERLUPA

Seringkali manusia terlupa siapakah yang menjadikan mereka? Seringkali manusia terlupa siapakah yang memberi udara untuk mereka bernafas? Seringkali manusia terlupa siapakah yang memberi mereka makan dan minum? Untuk terus hidup berkelana di bumi ini?

Seringkali manusia terlupa apakah tujuan sebenar mereka dilahirkan di dunia ini? Seringkali jua manusia terlupa untuk bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi.

Alangkah hinannya manusia... Jika ia berpaling tadah, tidak mengaku Allah Ta’ala Tuhan mereka? Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Sempurna? Tuhan yang mereka dustakan kewujudan dan keEsaan-Nya?

Akan tetapi, Allah itu kaya dengan sifat Pengampun dan Penyayang. Dia tetap menerima taubat-taubat hamba-Nya. Selagi Sang Suria belum memunculkan diri dari ufuk barat, selagi itu lah pintu taubat sentiasa terbuka.

Sekadar Renungan.

Hasil Nukilan,

Mohamad Nurul’Alimin Mohd Hasarudin
Presiden 2008/2009
Badan Kepimpinan Dakwah Islamiah (BAKDIS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah
18500 Machang
Kelantan

minnurcinta@yahoo.com
5 May 2008 (Isnin)
10:39 pm

Pengorbanan Para Pendakwah (Daie)


”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (at-Taubah: 111)
Subahanallah! Hiba rasanya hati ini melihat pergorbanan para daie. Amat mulia peribadi mereka menjalankan dakwah yang merupakan tugas para nabi dan Rasul. Mereka bertungkus lumus berkorban diri dan hartanya hanya kerana Allah dan agama-Nya, menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah, mengorbankan segala yang indah disisinya untuk memartabatkan agama Islam. Siapakah yang lebih mulia daripada mereka yang menyeru kepada Allah?
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: ”Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin (yang menyerah diri)?" (al-Fusilat: 33). Akan tetapi mengapakah manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini ? Malah menolak dakwah, membenci dan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan. Bersabarlah wahai para pejuang Islam sekalian! Sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang rumit dan sukar. Bukankah telah dikatakan dalam al-Quran penyeruan dakwah itu adalah sesuatu yang amat sukar. "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah : `Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu.’ Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (at-Taubah:42) Malahan andai dakwah ini cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan: "Seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya atau aku mati kerananya."
Marilah para daie yang cukup mulia. Bangkitlah tanpa kenal rasa sedih dan duka. Melangkah terus maju dan maju dengan memegang al-Quran dan as-Sunnah. Menjadikan tahajud sumber kekuatan diri, menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah, berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi. Insya-Allah kemenangan itu adalah benar dan pasti. Bersabarlah. Namun, dalam menetap kesabaran di hati, seringkali diri kita ini diuji dengan bermacam-macam ujian. Apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat, dan juga derita. Bersabar dan berserahlah kepada Allah wahai pembaca risalah ini yang bergelar pendakwah!

SEMINAR KECEMERLANGAN STPM 2009

Hari terakhir berada di D’Bali dan bersiap sedia untuk pulang.


PASIR PUTEH, 26, 27, 28 JULAI 2009: Seramai 170 orang pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (SMK Hamzah) Machang, Kelantan yang akan menduduki peperiksaan besar iaitu STPM, telah mengikuti seminar ini. Seminar ini dilaksanakan di D’Bali Prima Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Banyak pendedahan yang telah diberikan seperti teknik menjawab dan analisa soalan tahun-tahun lepas. Matapelajaran yang diberi pendedahan antaranya ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sastera dan Pendidikan Seni.
Penceramah-penceramah yang hadir bukan calang-calang orang. Ada antara mereka merupakan pemeriksa kertas, ketua pemeriksa kertas dan penggubal soalan STPM. Di samping memberi maklumat berkaitan akademik terdapat juga penceramah yang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar SMK Hamzah. Contohnya, En, Hj Hapidin Saat telah memberikan formula kecemerlangan seperti 4T iaitu Target, Tekun, Teknik dan Tawakkal. Seorang pelajar STPM, Mohamad Nurul’Alimin Mohd Hasarudin mengatakan bahawa terdapat banyak input-input yang telah diberikan oleh penceramah tersebut dan akan memungkinkan mereka dapat mencapai 5 Principal A.
Selain itu, terdapat juga aktiviti santai yang disediakan seperti menunggang kuda, menaiki bot. Ada dari kalangan mereka yang membawa alatan pancing sendiri untuk memancing ikan begitu juga dengan para guru. Bagi aktiviti kerohanian, Qiamullail diadakan. Pada hari akhir, selepas perasmian penutup, pelajar-pelajar STPM bersiap untuk pulang dan sampai ke sekolah pada jam 2.30 petang.


Amalan Untuk Memudahkan Bangun Solat Malam

1. Jangan banyak makan dan minum
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba, janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum lalu kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak kebaikan dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar, seterusnya kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita daripada solat malam. Mari kita lakukan dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir ini urusan yang ringan!
2. Jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang
Janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga pada waktu siang semasa bekerja. Anda mungkin akan mengatakan, “Ini adalah kata-kata yang sangat ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah pilihan sendiri. Pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan yang berat. Dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk melakukan sesuatu yang mustahil!”
Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun, cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang serta jangan lupakan niat dan matlamat.
Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor-faktor penolong ini dan mulailah berusaha merealisasikannya.
3. Hindari maksiat
Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. Salah seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”
Sufyan Ats-Tsauri Rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya!’ ”. Sesungguhnya dosa itu umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istighfar, dan taubat.
4. Lakukan dengan bertahap
Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya. Mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya tambahlah setahap, demi setahap lagi.
Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.” (HR. Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra)
(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa agung yang berlaku pada 27 Rejab, iaitu setahun sebelum penghijrahan Nabi ke Madinah. Peristiwa ini menguji kebenaran Rasulullah S.A.W. dan keimanan umat Islam. Rasulullah S.A.W. dibawa oleh Malaikat Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dari situ terus dibawa hingga ke Sidratul Muntaha mengadap ke hadrat Allah S.W.T.. Semuanya berlaku pada satu malam sahaja. Firman Allah S.W.T.: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al Israa' : 1).

Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad S.A.W.. Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian pancaindera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Para ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya adalah kafir! Na’uzubillah.

Peristiwa agung ini merupakan hadiah daripada Allah kepada Rasulullah Habibullah dan umat baginda. Perkara ini berkait rapat dengan kefarduan solat lima waktu yang kita kerjakan. Ibadat solat adalah ibadat yang paling ‘special’ kerana nabi menerima ibadah tersebut secara langsung daripada Allah, bukannya melalui wahyu. Hal ini telah menunjukkan ibadah solat berbeza dengan ibadah-ibadat yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Allahu akbar! Betapa besarnya kurniaan-Mu kepada umat akhir zaman. Jikalau kita lihat masyarakat kini mengambil mudah soal solat. Meninggalkan solat sesuka hati dan tidak menjaga tatatertib dalam solat. Apakah mereka tidak sayangkan Rasulullah? Baginda sanggup bersusah payah demi kesejahteraan umatnya, mencari sesuatu yang boleh menguntungkan kita dan sanggup merayu kepada Allah agar dikurangkan waktu solat daripada 50 waktu kepada lima waktu sahaja. Segala-galanya demi kesenangan umatnya.

Mari kita singkap kembali peristiwa Israk Mikraj ini. Sebelum Nabi Israk dan Mikraj, telah berlaku peristiwa Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W.. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam menerus-kan perjalanan luar biasa itu.

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, Rasulullah S.A.W. ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan).
iv. Madyan

Setelah itu, Nabi Muhammad meneruskan perjalanannya. Sepanjang perjalanan itu, baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib seperti menyaksikan golongan yang sedang menanam dan terus menuaikan hasilnya, melintasi kubur Masyitah (tukang sikat anak Firaun) yang berbau wangi dan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat bersama segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”

Selasai sahaja perjalanan Israk, Nabi meneruskannya (Mikraj) dan naik ke Hadhratul-Qudus untuk menemui Allah. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur. Apabila sampai sahaja di Hadhratul-Qudus dan Rabbul-Arbab Rasulullah dapat menyaksikan Allah S.W.T., lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Nabi Muhammad (boleh dibaca dalam blog BAKDIS). Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Akhirnya, baginda menceritakan peristiwa tersebut kepada umatnya dan orang yang pertama mempercayainya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali pada setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Wallahua’lam.


Instructions for Life

  1. Give people more than they expect and do it cheerfully.
  2. Memorize your favorite poem.
  3. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.
  4. When you say, "I love you," mean it.
  5. When you say, "I'm sorry," look the person in the eye.
  6. Be engaged at least six months before you get married.
  7. Believe in love at first sight.
  8. Never laugh at anyone's dreams.
  9. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.
  10. In disagreements, fight fairly. No name calling.
  11. Don't judge people by their relatives.
  12. Talk slow but think quick.
  13. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, "Why do you want to know?"
  14. Remember that great love and great achievements involve great risk.
  15. Call your mom.
  16. Say "bless you" when you hear someone sneeze.
  17. When you lose, don't lose the lesson.
  18. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; Responsibility for all your actions.
  19. Don't let a little dispute injure a great friendship.
  20. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.
  21. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.
  22. Marry a man you love to talk to. As you get older, his conversational skills will be as important as any other.
  23. Spend some time alone.
  24. Open your arms to change, but don't let go of your values.
  25. Remember that silence is sometimes the best answer.
  26. Read more books and watch less TV.
  27. Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you'll get to enjoy it a second time.
  28. Trust in God but lock your car.
  29. A loving atmosphere in your home is so important. Do all you can to create a tranquil harmonious home.
  30. In disagreements with loved ones, deal with the current situation. Don't bring up the past.
  31. Read between the lines.
  32. Share your knowledge. It's a way to achieve immortality.
  33. Be gentle with the earth.
  34. Pray — there's immeasurable power in it.
  35. Never interrupt when you are being flattered.
  36. Mind your own business.
  37. Don't trust a man who doesn't close his eyes when you kiss him.
  38. Once a year, go someplace you've never been before.
  39. If you make a lot of money, put it to use helping others while you are living. That is wealth's greatest satisfaction.
  40. Remember that not getting what you want is sometimes a stroke of luck.
  41. Learn the rules then break some.
  42. Remember that the best relationship is one where your love for each other is greater than your need for each other.
  43. Judge your success by what you had to give up in order to get it.
  44. Remember that your character is your destiny.
  45. Approach love and cooking with reckless abandon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...