Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Bidaah Nisfu Syaaban

Salam alaik semua ikhwah akhwat sekalian.. Telah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi sesuatu mutiara yang sangat berharga kepada semua. Ramai yang tidak dapat bezakan manakah mutiara yang asli atau sebaliknya.. Kaburkah mata anda? Atau dikaburi oleh sesuatu bayangan yang pada zahirnya anda nampak cantik dan indah? Apakah anda mengetahui perkara disebaliknya? Indah dan cantik kah jua? 

Selepas isyak sebentar tadi, ada seseorang bertanya kepada saya tentang Nisfu Syaaban ini. Jadi pada malam ini, saya ingin kongsikan sesuatu perkara yang perlu diketahui oleh anda semua. Seindah tajuk, semanis kandungannya. Bidaah Syaaban? Wujudkah?

Ikhwah akhawat sekalian.. 

Nabi Muhammad sememangnya pernah menyatakan tentang kelebihan bulan Syaaban. Akan tetapi baginda tidak pernah mengatakan tentang amalan khusus Nisfu Syaaban. Tidak masalah sebenarnya untuk melakukan amalan biasa. Memperbanyakkan ia? Boleh ja kan? Sebelum itu, tahukah anda apakah Nisfu Syabaan ini? 

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Ikhwah akhawat sekalian..

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)  

Tidak terjumpa satu hadis sahih yang mengatakan tentang amalan khusus Nisfu Syaaban ini. Dr. Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang malam Nisfu Syaaban ini:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
 
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Ikhwah akhawat sekalian..


“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Ustaz Asri Zainul Abidin menyebutkan: 

“Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:



“Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)

 a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban


Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:
 - Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..

Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).

Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

 - Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).

Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).


Syeikh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)). 
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

 Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).

Beliau menambah lagi: 

((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi: 

((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).
(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatwa al-Muasarah, 2/343) 

Ikhwah akhawat sekalian..
Seperti yang telah kita baca sebentar tadi tentang perkara yang berkaitan malam Nisfu Syaaban, apa kata anda? Fikir-fikirkanlah.. Ibadah ikut baginda Rasulullah? Senang bukan? Ramai yang menerkam amalan bidaah, sunnah ditinggalkan. Renungkan.. Berapa ramai yang membaca Quran setiap hari? Berapa kerat yang sentiasa mengamalkan zikir yang ma'thur daripada nabi? Janganlah biarkan sunnah semakin pupus. Amat hebat sesiapa yang berusaha mengamalkan sunnah di saat dunia kini. Kita banyakkanlah amalan pada malam ini, ia bukan menjadi satu masalah. Jadikan ia sebagai persediaan bagi kita menjejakkan kaki ke gerbang Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Wallahua'lam.

Wong Fei Hung Orang Islam


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu) . Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
p/s: Saya meneliti artikel ini dari bermacam-macam sumber, antaranya www.penainsan.blogspot.com
Kebenarannya? Hanya Allah yang tahu. =)

Sejarah Hari Guru

Guru merupakan seorang yang sangat mulia dan baik. Dahulunya, saya memang pernah dirotan, dimarah kerana kenakalan suatu ketika dahulu. Kadang kala kerja sekolah tidak disiapkan, ponteng kelas, jarang/ lewat masuk ke kelas kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan dan banyak hal lain yang mungkin tidak perlu saya nukilkan disini, tetapi perkara utama yang saya ingin tekankan disini adalah semangat mereka yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik saya. Kini, saya kekal dalam menuntut ilmu dan insyaAllah hingga ke akhir hayat. Perlu juga diingatkan agar jangan sempitkan pemikiran kita dengan konsep guru ini. Sesiapa yang mendidik, menasihati dan memberi ilmu kepada kita, dia lah guru. Fikir-fikirkan. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit berkaitan tentang sejarah hari guru, moga dapat membawa kita terus-menerus dalam menghargai pengorbanan seorang guru yang sanggup mendidik kita semua.

Sejarah Hari Guru
Guru (dari bahasa Sanskrit) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Di tempat-tampat lain bagaimana? Dia Amerika, Kanada, negara Asia yang lain, tanah-tanah arab lain juga bagaimana? Tentunya di setiap negara mempunyai sejarah dan ceritanya yang tersendiri. Dan melalui jalan sejarah itu, mereka juga akan melalui hari-hari yang tentunya berbeza dengan rakyat negara kita yang terdahulu. Hasilnya, sambutan yang diraikan sepeti hari guru ini juga berbeza.
Di Amerika contohnya, sambutan hari guru ini disambut pada hari Selasa pertama dalam bulan Mei. Persatuan Pendidikan Kebangsaan di sana menyatakan bahawa sambutan hari guru ini adalah untuk menyambut dan menghargai segala sumbangan para guru kepada masyarakat.
Di India berbeza pula. Hari guru disambut bersempena oleh presiden negara mereka yang kedua yang juga merupakan seorang pendidik yang amat berdedikasi. Hari guru yang disambut pada 5 September itu sesetengahnya diraikan dengan pelajar-pelajar senior akan mengambil alih tugas mendidik pada hari tersebut sebagai penghargaan kepada guru-guru mereka.

Objektif Hari Guru Malaysia
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan

Tema hari Guru Di Malaysia
1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
41. 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

samb. Kenapa Barat Memerangi Negara Islam?

Bertitik tolak daripada keistimewaan dan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh Islam ini, Rasulullah s.a.w telah mengumumkan semasa Haji Wida’ di khalayak umum firman Allah;

Maksudnya: Hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku lengkapkan nikmatKu keatas kamu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama. (Al-Maidah: 3)

Sebagaimana ditegaskan kepada umat Islam di kebanyakan munasabah bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggalkan mereka di atas cahaya yang terang, malamnya adalah seperti siang, tidak terpesong daripadanya seorangpun kecuali dia merupakan seorang yang celaka.

Ditegaskan juga bahawa apabila mereka berpegang teguh dengan kitab dan sunnah, mereka tidak akan sesat buat selama-lamanya. Apabila mereka terpesong daripada syariat Allah dan mengabaikan syariatNya maka Allah akan menimpakan azabNya yang pedih kepada mereka. Bahkan musuh akan menguasai mereka lalu merampas sebahagian daripada apa yang ada di dalam genggaman mereka!!

1. Rasulullah s.a.w telah melaksanakan tugasnya menyampaikan risalah. Sewaktu baginda menemui Allah Taala, Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan sampai ke Tahamah dan Najran, memasuki Yaman dan Bahrain dan berakhir ke Syam.

2. Di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin: Lembayung Islam telah meluas ke dua buah kuasa besar iaitu Parsi dan Rom. Lembayungnya juga telah meluas ke Negara China di Timur dan ke negara Rumania dan Selatan Rusia. Keadilannya juga telah memasuki Negara Syam, Mesir, Kepulauan Tripoli dan Afrika. Semuanya itu berlaku dalam jangka masa tiga puluh lima tahun.

3. Menjelang tahun 102 hijrah: Di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Islam dan kerajaannya telah meluas sehingga ke Sri Lanka dan sebahagian besar Negara India, Turkistan dan sempadan negara China di Timur. Ia telah meluas ke Barat hingga ke Sepanyol yang terletak di Eropah.

Begitulah Islam telah membekalkan dunia dengan kekuatan dan kehidupan dan menguasai bumi dengan cepat dan hebat seperti perubahan malam dan siang.

Khalifah kerajaan Abbasiah Harun ar-Rasyid telah berupaya menggambarkan kepada dunia tentang keluasan kerajaan Islam dan meluasnya kekuasaannya di muka bumi apabila baginda berkata kepada awan yang lalu di atasnya tetapi tidak menurunkan hujan padanya; “Turunlah (wahai hujan) di mana sahaja yang engkau mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”.

Adakah kamu tahu -wahai pemuda- kenapa mereka terkejut dan kemarahan mereka memuncak?

Ini disebabkan tapak-tapak kaki umat Islam telah memijak bumi Eropah. Tenteratentera Islam telah sampai sehingga ke sempadan Perancis... Orang-orang Eropah telah terkejut daripada tidurnya dan berkata: "Sungguh pelik, agama apakah ini yang telah menguasai dunia dengan kekuatan dan ketangkasan yang mengkagumkan? Ia telah memerangi Rom, memasuki Itali, menawan Sepanyol dan kemudian cuba untuk merentasi Gunung Perancis untuk mengusai Perancis!"

Mereka telah mula berfikir dan merancang. Mereka berpendapat bahawa apabila Umat Islam dibiarkan dengan urusan mereka mengembangkan Islam, membuka negara demi negara dan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, sudah pasti tampuk pemerintahan dunia akan berada di tangan mereka, bahkan manusia seluruhnya akan berada di bawah kerajaan dan kepimpinan Islam.

Dengan itu mereka telah mengambil keputusan untuk berperang. Mereka membentuk tentera dan mengadakan persiapan peperangan serta bersatu di bawah satu panji sehingga mereka berupaya menghapuskan Islam -menurut tanggapan mereka-, menghapus umat Islam hingga ke akar umbinya. Hasilnya mereka tidak akan bangkit kembali walaupun sebentar.!!

Tetapi mereka yang dengki terhadap Islam itu telah menerima kekalahan, kehinaan dan keaiban di dalam peperangan Salib yang berturut-turut... dalam perang Hittin di tangan pahlawan yang terkenal Solahuddin al-Ayyubi. Mereka telah ditewaskan dengan teruk dan telah kembali ke negara mereka dengan penuh penyesalan.

Serangan demi serangan yang hebat ini telah menguatkan keimanan, keberanian, keazaman dan keyakinan umat Islam kepada agama mereka dan pertolongan Allah. Ini disebabkan seruan Allahu Akbar adalah laungan mereka, jihad adalah jalan mereka dan mati syahid di jalan Allah adalah setinggi cita-cita mereka.

Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.
Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Kenapa Barat Memerangi Negara Islam?

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- kenapa Barat dan Timur memerangi negara Islam? Kerana risalah Islam menerangi akal dan fikiran, dan berkembang ke seluruh alam dengan cepat dan mengkagumkan. Manusia telah menerimanya berdasarkan pilihan mereka sendiri dan mentaatinya. Dan kerana risalah yang kekal ini memiliki beberapa keistimewaan yang berikut:

Rabbaniah: Kerana ia lahir daripada Tuhan yang Mentadbir dan Bijaksana yang tidak luput daripadaNya sesuatu walaupun sebesar zarrah. Dia mengetahui segala sesuatu dan Dia telah meletakkan tiap-tiap sesuatu pada tempatnya yang munasabah.

Maksudnya: Dan bagi orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukuman yang lebih baik daripada Allah. (al-Maidah: 50)

Kekal: Kerana ia adalah kekal buat selama-lamanya, terpelihara di bawah pemeliharaan Allah sehingga hari akhirat.

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang akan memeliharanya. (al-Hijr: 9)

A'lamiah: Kerana pembawa risalah ini telah diutuskan kepada seluruh manusia dan alam sejagat.

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan berita menakutkan (peringatan). (Saba’: 28)

Syumul: Kerana ia merangkumi segenap espek kehidupan dan sistem yang diperlukan oleh manusia di dunia dan akhirat, memenuhi keperluan semasa dan masa akan datang, ketika perang dan ketika aman.

Maksudnya: Dan Kami telah menurunkan kepada engkau (wahai Muhammad) Al Quran sebagai penjelas kepada setiap sesuatu serta sebagai pembawa rahmat dan berita gembira kepada orang orang Islam. (an-Nahl: 89)

Merubah: Kerana terkandung di dalamnya dakwah para anbiya’, memelihara kebenaran yang diturunkan kepada seluruh risalah terdahulu, dan Allah telah redha supaya ianya mengatasi seluruh agama yang lain.

Maksudnya: Dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara dan mengawasinya. (al-Maidah: 48)

Menyumbang sistem perundangan: Kerana ia muncul di bidang perundangan dan ijtihad dengan dasar-dasar dan kaedah-kaedahnya yang umum serta furu’-furu’nya. Dengan itu, ia mampu menangani keperluan zaman dan perubahan semasa terutama hukum-hukum yang berhubung dengan muamalat, permasalahan undang-undang, sistem ekonomi, perhubungan sosial dan hubungan antarabangsa.

Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam Al Quran ini. (yakni segala yang diperlukan mengenai dunia dan akhirat, ada diterangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al Quran [tafsir pimpinan ar-Rahman]). (al-An’am: 38)

ENAM KESILAPAN MEMBUAT RESUME

1)    Salah ejaan dan tatabahasa

Kesalahan ejaan walaupun satu huruf sering dianggap remeh. Tetapi jika ini berlaku, secara tidak langsung ia menggambarkan anda seorang yang tidak teliti dan kurang  cermat.

2)    Menggunakan alamat sementara

Gunakanlah alamat tetap yang membolehkan sebarang surat menyurat dijalankan dengan lancar. Sebahagian tawaran temuduga pada masa ini masih dibuat menggunakan sistem pos. Jika alamat sementara, dibimbangi surat tawaran tidak akan sampai ke tangan anda pada masa yang sepatutnya.

3)    Menggunakan talian telefon yang tetap

Seboleh-bolehnya letakkan beberapa nombor telefon sebagai rujukan. Jika satu nombor tidak dapat dihubungi, syarikat boleh menghubungi anda menggunakan nombor yang lain (sebagai contoh, telefon bimbit dan telefon rumah). Elakkan juga sikap suka menukar-nukar nombor telefon agar komunikasi anda berjalan lancar.

4)    Gambar tidak sesuai

Kepilkan gambar yang sesuai bersama resume anda. Gunakan gambar berukuran pasport dan bukannya digunting daripada kepingan gambar biasa. Pastikan penampilan kemas dan tidak serabut dengan pakaian yang berwarna-warni dan sarat.

5)    Melipat resume

Jangan lipat resume anda. Ia lebih kemas jika diisi di dalam sampul surat bersaiz A4.  Majikan juga mudah membaca resume anda tanpa perlu membuka lipatan yang pastinya menyusahkan.

6)    Tiada surat permohonan

Sertakan bersama surat permohonan sebagai iringan. Di situ nyatakan dengan jelas jawatan yang diminta dan mengapa anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Ia juga sebagai satu sokongan agak majikan memilih anda untuk dipanggil menghadiri temuduga.

Psikik Bismilah

Psikik Bismilah dalam Otak Manusia

Dunia moden telah mengakui kemampuan dan dahsyatan otak manusia. Pada amnya kita tidak menggunakan lebih 5%- 10% dari kemampuanya. Selebihnya atau sisanya di kaitkan dengan alam bawah sedar.
Setelah Freud dab Jung mulai membicarakan kemampuan tersebut, termasuk alam mimpi ( mimpi merupakan pesanan alam bawah sedar kepada minda sedar) dan sebagainya. Dunia moden masih sibuk untuk mengembangkan apa yang mereka anggap sebagai ‘ potensi terpendam’.
Dalam pemahaman barat, sisa otak itu belum dioptimalkan; bahkan, ada yang berpendapat sisa otak tersebut belum berfungsi. Kita pernah mengalami sesuatu dan merasakan bahawa pengalaman itu bukan baru bagi kita.....rasanya pernah terjadi, atau setidaknya pernah terfikir sebelum ini. Atau pernah ‘terlihat’ dalam mimpi. Ini disebut sebagai pengalaman dija vu. Kejadian - kejadian seperti ini sering kali di kaitkan dengan psikik. Psikik 100% bergantung pada gudang memori, pada folder-folder dari masa yang lalu.
Masih belum terjadi pengembangan ‘kesedaran rohani’. Kita masih berada pada pengembangan psikik sahaja. Bahkan ‘blue print’ keseluruhan hidup kita dengan segala kemungkinanya pun ada di sana. Bahkan, keadaan – keadaan di luar, di dalam segala bidang , asalkan masih ada hubungan dengan hidup kita ada pula dalam cetak biru tersebut.

Sesunguhnya pada saat ini otak manusia sudah bekerja 100%. Walaupun baru sebahagian kecil kapasitinya yang anda gunakan sehari-hari. Bakinya Cuma untuk menyimpan data-data lama. Makin besar peratus yang anda gunakan dalam kehidupan seharian, walaupun hampir tidak pernah melebihi 100%, ini akan membuat manusia semakin cergas, cerdas, makin tajam. Otak semakin digunakan akan menjadi semakin kuat. Apakah kita dapat menggunakan otak dengan peratusan yang lebih besar? Ya benar, anda boleh gunakan otak anda untuk kehidupan harian dengan peratusan yang lebih besar lagi. Tetapi untuk keperluan tersebut anda harus menciptakan space ( ruangan ). Seperti komputer, memori – memori di alam bawah sedar harus dibersihkan dahulu. Program- program yang tidak digunakan harus didelete / dihapuskan .

Mind Space
Seorang pemuda datang untuk belajar ilmu makrifat dan berguru : “ tetapi saya tidak mempunyai masa”. Saya memerlukan ilmu makrifat dan berjaya dalam masa yang singkat.... kerana saya sangat sibuk !.
Guru terse
nyum : “no problem”, sambil kita minum teh dulu ya.... jawab guru tersebut.
Satu cawan, dua cawan, tiga cawan..... dan calun murid tersebut mulai gelisah. Malah cawan yang keempat guru tersebut menuangkan teh hingga melimpah, tumpah keluar dari cawan tersebut. Pemuda tersebut sudah tidak dapat menahan dirinya “ apa yang sedang guru lakukan” ?. “Cawan saya sudah penuh..... lagipun saya datang sini bukan untuk minum teh, tapi untuk belajar ilmu makrifat dan mencapai tahap makrifat”.
Guru tersenyum lagi : “ sebab itu, nak.....sebab itu...” “ apa maksud tuan guru”? “ Cawan yang penuh tidak dapat diisi lagi, cawan jiwa mu pun sudah penuh nak. Kosongkan dulu, ciptakan sedikit ruang, supaya aku dapai mengisi jiwa dan fikiran mu”.

Ciptakan “ruang”.!!! Saat ini jiwa kita penuh, fikiran kita penuh, otak kita penuh, hati kita penuh..... ya penuh dengan memori lama, data yang tidak diperlukan lagi. Beban pada jiwa kita sudah melampaui batas. Dalam keadaan seperti ini bagaimana ingin kita isikan dengan sesuatu yang baru?.
Otak yang penuh tidak dapat berfikir lagi. Ini yang terjadi pada kaum yang buta mata hatinya. Otak mereka telah diisi dengan memori masa lalu, sehingga mereka tidak dapat hidup pada masa ini. Mereka tidak dapat berfikir tentang sesuatu yang mereka anggap lain dari apa yang ada dalam memori masa lalu mereka.
Mungkin lebih parah lagi bila hati mereka terbeban dengan rasa benci, amarah dan mereka tidak merasa indah dalam kehidupan. Bagi mereka sesuatu yang lain dari apa yang ada dalam fikiran mereka tidak mempunyai keindahan.

Bila pekara ini terjadi jiwa dan minda mereka diprogram untuk kerosakan, bukan untuk mencipta dan membangun. Para “ pencipta mereka” menyedari pekara tersebut. “ maka Dia tambahkan lagi , hati mereka terpatri dan tetutup dari kebenaran”. Demikian penuh mereka diisi, sehingga tidak ada lagi infomasi baru yang dapat mereka gunakan untuk menembusi sempadan diri mereka.Untuk memperolehi, atau lebih tepatnya, memasuki alam kesedaran psikik, bebenfikiran dan jiwa harus dikurangi. Bersihkan fikiran dan otak mu dari indoktrin.

Latihan psikik Bismilah
Jauhkan diri anda dari berkawan dengan orang yang tidak menunjang perkembangan diri anda. Jauhi dari mereka yang sentiasa bicara tentang balas dendam, kebencian dan sebagainya.
Tidak perlu membenci mereka. Tidak perlu menyayangi masa hidup yang telah anda persiakan kerana doktrin dari mereka. Maafkanlah mereka. Maafkan pula diri anda atas kesalahan yang anda lakukan terhadap diri anda, dengan mengikuti mereka secara membabi buta. Hindarilah mereka, jangan lagi bergaul dengan mereka. Sehingga anda mampu “ tidak terpengaruh” oleh mereka. Jangan lagi bergaul sehingga anda mampu “mempengaruhi mereka”.

  • Awali hari anda dengan doa mengikut ajaran dan kefahaman anda dan di tambah dengan saranan “ kuisi hari ku dengan kasih”
  • Berdoa kembali pada waktu tengahari dan beri saranan “ ku harungi hariku dengan kasih”
  • Sebelum tidur, berdoa kembali dan sarankan “ Ku Akhiri hari ku dengan Kasih”
Kasih adalah jalan yang benar “kasih adalah pencerminan sifat Allah” Maha pengasih dan maha penyayang, itu lah Dia. Kasih adalah sesuatu yang sangat lembut, sangat ringan. Kerana kasih, kasih juga melembutkan dan meringankan. Kasih tidak pernah menjadi beban, tidak mungkin menjadi beban. Makin banyak kasih dalam diri kita, semakin ringan dan lembutlah kita. Kemudian dengan kelembutan itu, laluilah alam kesedaran psikik untuk mengapai kesedaran makrifat ( kesedaran rohani).
P/s : Bagi muslim berdoalah dengan bismilah...... Bismilah merupakan sesuatu yang lengkap tidak perlu ditambah atau di kurangi. Sekurang – kurangnya 27 kali setiap kali berdoa.

Dipetik daripada: http://menjaro.blogspot.com

PEMBELIAN BUKU SECARA ONLINE!!

Salam ukhwah sekalian.


Sesiapa yang ingin membeli buku-buku motivasi dan agama, novel-novel islamik, CD, dan VCD, boleh dapatkannya melalui homepage. Pembelian semuanya secara online.
Kalian mesti mendaftar sebagai pengguna baru boleh menggunakan homepage tersebut untuk membeli buku dan lain-lain.
Buku akan di hantar ke rumah masing2.
Penjelasan lanjut, hubungi:
013-3224961
atau


.::SILA KLIK DIBAWAH UNTUK PEMBELIAN::.

atau


Di bawah ana letak beberapa jenis buku yang ada di homepage di atas.

















Pembelian antum semua amat di hargai. Sesungguhnya, ilmu itu tidak akan ada suatu kerugian. Ini hanyalah contoh buku.
Layari homepage untuk melihat pelbagai jenis buku, novel, CD dan VCD menarik yang lain!

Risalah Untuk Para Ikhwah Yang Berada Di Balik Jeruji Besi (Penjara)

Risalah Mursyid

11/12/2008 | 12 Dhul-Hijjah 1429 H | 782 views
Oleh: Al-Ikhwan.net

Ikhwah al-ahbab (yang tercinta)
Tahiyyah dari Allah yang penuh berkah dan kebaikan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selanjutnya..
Telah berlalu dua tahun lamanya Antum sekalian berada dalam kurungan seperti seekor singa yang di berada di balik besi.. walaupun Antum semua bukanlah seekor singa.. namun singa dari jenis khusus.. singa pembawa risalah samawiyah dan pengemban agama rabbani.. singa yang tidak mengenal putus asa seperti hati-hati mereka; kaki mereka berpijak di bumi namun angan-angan dan cita-cita mereka tinggi menyentuh langit.. sehingga tidak mendapatkan sedikit pun apa yang mereka azamkan, dan tidak memberikan pengaruh terhadap berbagai macam ujian dan cobaan…
Antum seperti yang kami kenal sudah memahami betul akan keteguhan suatu kehendak, kejujuran suatu azimah, cita-cita yang tinggi, hati yang bersih, jiwa yang ridha (pasrah) kepada Allah, dan keteguhan yang semakin kuat serta keimanan yang semakin tangguh…
Ikhwah al-ahbab…
Orang yang memiliki hati keras dan hati yang lembut pun mengetahui bahwa antum adalah sosok yang terdapat pada diri kalian inti dari sebuah dakwah… berani berkorbankan untuknya dengan ruh-ruh kalian, mempertaruhkan harta kalian miliki di jalannya, sementara berbagai hukum militer dan penjara merupakan harga mahal yang harus kalian bayar seperti halnya para mujahid dan para duat yang ikhlas berjuang untuk meninggikan bendera kebenaran, keadilan dan kemerdekaan, khususnya dalam menghadapi penguasa diktator dan melintasi jalan yang penuh onak dan duri yang tidak hanya ditujukan pada kalian sendiri namun juga kepada bangsa dan umat Islam secara keseluruhan; mereka mengintimidasi, menakut-nakuti dan membuat teror..
Ikhwah al-Ahbab…
Sesungguhnya dakwah kalian merupakan cermin akhlak mulia dan iman yang kokoh yang harus terus dipertahankan, diperkokoh dan dijadikan imunitas, sehingga pada akhirnya akan menjadi sebuah kenyamanan dan ketenteraman pada masyarakat, tidak ada perang atasnya atau penghalang terhadapnya kecuali hanya merupakan usaha yang akan menghancurkan seluruh nilai-nilai ini.
Kalian wahai pemilik proyek kebangkitan Islam bukan hanya milik bangsa tertentu saja, namun kalian milik umat seluruhnya, dari sinilah muncul pertentangan dan permusuhan dengan segala kekuatan yang berusaha menundukkan umat, melemahkan keinginan dan menghancurkan keistimewaan tsaqafahnya.
Iedul Adha hadir pada hari-hari ini, sementara Antum berada jauh dengan jasad kami namun kalian tetap dekat di hati dan ruh kami, tidak ada yang dapat menghalangi kita sekalipun penjara para thughat dan zhalimin memasung kebebasan kalian, karena ukhuwah Islamiyah menyatukan kita dan persahabatan atas dasar iman merapatkan jiwa-jiwa kita, wirid rabithah pada waktu sore menyatukan ruh dan jiwa kita sementara wirid pagi hari memperkokoh hubungan kita.
Saya katakan kepada mereka tidak akan terkalahkan dakwah yang terdapat di dalamnya jiwa-jiwa seperti kalian, kalian adalah orang-orang yang sabar, teguh, tegar dan memiliki keimanan yang kokoh.. inilah bekal menuju kemenangan dan kepemimpinan… semoga Allah menjadikan jihad kalian sebagai timbangan kebaikan, melapangkan dada kalian, memperteguh hati-hati kalian serta menganugerahkan nikmat berupa kesehatan dan kekuatan, Allah ridha kepada kalian dan kalian ridha kepada Allah, memberikan ganjaran berupa kemenangan yang dekat, dan menjadikan kalian pemilik kebahagiaan di dunia dan di akhirat, serta kalian dapat kembali berkumpul dengan istri-istri kalian, bapak-bapak kalian dalam meraih kemenangan, dan dalam keadaan selamat insya Allah
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
“Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, Maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan”. (Huud:123)
Terimalah tahiyah dan tahniah kami pada hari iedul adha yang penuh berkah ini dengan penuh keikhlasan, semoga Allah mengembalikan kepada kalian, kita dan umat seluruhnya kebaikan, kemuliaan dan keperkasaan serta kejayaan Islam.
Dan akhir dari doa kami adalah bahwa segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam
Muhammad Mahdi Akif
Mursyid am Al-Ikhwan Al-Muslimun
Cairo, 6 Zulhijjah 1429 H/ 4 Desember 2008

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)Bentuk MLM yang Haram atau syubhatAda beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :
1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601) Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 ) Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.
2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.
3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.4)

Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدةErtinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas. Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu; 
1) Modal
2) Kerja
3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual. Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.
Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:
1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.
2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.
3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 ) Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?
a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim
b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.
c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah
d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.
e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"
4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.
5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat. Keputusan Majma Fiqh Sedunia ? Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. 

Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.Mana MLM alternatif??"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda tanpa kesabaran melalui sebuah web.Jawapan saya seperti berikut :-Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menepati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini. Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas ini hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...