Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar


Amalkanlah doa di atas semoga menjadi orang yang sabar.

Layari Blog di bawah
bakdishamzah.blogspot.com

KEUTAMAAN BULAN RAMADAN

*Dari Abu Hurairah R.A.,: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (Riwayat. Ahmad dan An-Nasa'i)


*Dari Abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Syurga-Nya lalu berfirman (kepada Syurga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang saleh dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada umatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya.'”(Riwayat Ahmad) Isnad hadits tersebut daif, dan di antara bahagiannya ada nas-nas lain yang memperkuatkannya.


*Daripada Abu Hurairah R.A., bahwa Nabi bersabda: "Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda bahkan sampai tujuh ratus kali ganda. Allah Ta'ala berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.' Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada haruman kasturi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


*Bagaimana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah? Perlu diketahui, bahwa bertaqarrub kepada Allah tidak dapat dicapai dengan meninggalkan syahwat ini -yang selain dalam keadaan berpuasa adalah mubah- kecuali setelah bertaqarrub kepada-Nya dengan meninggalkan apa yang diharamkan Allah dalam segala hal seperti: dusta, kezaliman dan pelanggaran terhadap orang lain dalam masalah darah, harta dan kehormatannya. Untuk itu, Nabi bersabda : "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak mahu dengan puasanya dari makan dan minum." (Riwayat Bukhari). Inti pernyataan ini, bahawa tidak sempurna bertaqarrub kepada Allah Ta'ala dengan meninggalkan hal-hal yang mubah kecuali setelah bertaqarrub kepada-Nya dengan meninggalkan hal-hal yang haram. Dengan demikian, orang yang melakukan hal-hal yang haram kemudian bertaqarrub kepada Allah dengan meninggalkan hal-hal yang mubah, ibaratnya orang yang meninggalkan hal-hal yang wajib dan bertaqarrub dengan hal-hal yang sunat. Jika seseorang dengan makan dan minum berniat agar kuat badannya dalam solat malam dan puasa maka ia mendapat pahala kerananya. Juga jika dengan tidurnya pada malam dan siang hari berniat agar kuat beramal (bekerja) maka tidurnya itu merupakan ibadah. Jadi, orang yang berpuasa senantiasa dalam keadaan ibadah pada siang dan malam harinya. Dikabulkan doanya ketika berpuasa dan berbuka. Pada siang harinya ia adalah orang yang berpuasa dan sabar, sedang pada malam harinya ia adalah orang yang memberi makan dan bersyukur.


*Syarat mendapat pahala puasa : Antara syaratnya ialah berbuka puasa dengan yang halal. Jika berbuka puasa dengan yang haram maka ia termasuk orang yang menahan diri dari yang dihalalkan Allah dan memakan apa yang diharamkan Allah dan tidak dikabulkan doanya.


*Jihad orang berpuasa : Perlu diketahui bahwa orang mukmin pada bulan Ramadan melakukan dua jihad, iaitu :
o Jihad untuk dirinya pada siang hari dengan puasa.
o Jihad pada malam hari dengan solat malam.
Barangsiapa yang menyatukan kedua-dua jihad ini, memenuhi segala hak-haknya dan bersabar terhadapnya, nescaya diberikan kepadanya pahala yang tidak terhitung. Lihat Lathaa'iful Ma 'arif, oleh Ibnu Rajab, him. 163,165 dan 183.


*Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barangsiapa mendirikan solat malam pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)


*Daripada Abdurrahman bin Auf R.A., bahawasanya Rasulullah S.A.W. menyebut bulan Ramadan seraya bersabda : "Sungguh, Ramadan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan ku sunatkan solat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu kerana iman dan mengharap pahala, nescaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya." (Riwayat An- Nasa'i, katanya: yang benar adalah darpadai Abu Hurairah)


*Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi S.A.W. beliau bersabda: "Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun dari pahalanya." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).


*Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, doa dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan. Sabda Nabi : "Barangsiapa mendirikan solat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih). Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir, dan diharapkan pada malam-malam ganjil lebih kuat daripada di malam-malam lainnya. Oleh itu, hendaklah seorang muslim yang sentiasa mengharap rahmat Allah dan takut dari seksa-Nya, memanfaatkan kesempatan pada malam-malam itu dengan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari kesepuluh malam tersebut dengan solat, membaca Al-Quranul Karim, zikir, doa, istighfar dan taubat yang sebenar-benarnya. Semoga Allah menerima amal ibadah kita, mengampuni, merahmati, dan mengabulkan doa kita.


*Bersahurlah kerana dengannya dapat membantu kekuatan fizikalmu selama berpuasa; Rasulullah S.A.W. bersabda : "Bersahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alangkah Sedihnya Hati Ini

Terdetik kesedihan dalam hati ana apabila melihat gelagat-gelagat Pengawas SMK Hamzah. Saat ini ana memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas (PKP) di sekolah. Tugas sebagai PKP ini tidaklah berat sangat memandangkan pengawas sendiri tidak komited akan tugas mereka.


Banyak perkara yang ana tidak puas hati dengan pentadbiran pengawas. Kerja tidak sistematik, tiada sistem buku rekod, tiada jenis-jenis jawatan exco yang tersusun, malah mesyuarat antara exco pula jarang diadakan. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan.

Ana pula ada krisis dengan guru pengawas. Bukan apa, hanya kes nametag. Nama ana yang ditulis pada nametag tidak betul sebagaimana yang dikehendaki, jadi ana tidak mengambilnya. Guru pengawas pun marah.

Berkaitan dengan mesyuarat pengawas pula, usul yang ingin dibentangkan dalam mesyuarat ana sudah menyuruh PKP 2 memberikannya kepada guru pengawas terlebih dahulu untuk dibaca. Setelah itu, dia cakap ‘ok’. Jadi, ana pun teruskan mesyuarat dan usulkan cadangan tersebut iaitu menggunakan sistem buku rekod, kod kesalahan pelajar dan lain-lain. Tamat sahaja mesyuarat, ana laksanakan usul tersebut, tapi yang peliknya, guru pengawas ana marah dan dia cakap dia tak tahu. Sedangkan dia ada baca usul tersebut?

Dan ingatlah. Kepimpinan yang ana bawa jauh berbeza dengan kepimpinan pengawas lain. Memang sedih apabila melihat krisis kepimpinan yang berlaku dalam organisasi pengawas, termasuk guru pengawas kini. Kaunselor Tn. Hj. Taifor juga menyatakan hal yang sama kepada ana ketika berbual-bual dengannya. Hendak baik pulih, ana hanyalah PKP, bukannya Ketua Pengawas (KP). Tetapi, alhamdulillah, ada juga segelintir pengawas yang sama pemikiran dengan ana. Sama turut hiba, merasa kepincangan kepimpinan pengawas.

Jadi, ana tidak boleh berbuat apa kerana kuasa terbatas. Ana juga tidak mahu pisang berbuah dua kali. Peristiwa yang sama berulang kembali di sekolah ini. Peristiwa ana sebagai PKP di sekolah lama, melaksanakan tugas seperti Ketua Pengawas. Sehingga ada yang memfitnah bahawa ana ingin merampas kuasa KP. Masya-Allah!! Sungguh berat ujian-Mu kepadaku. Mujurlah adan segelintir pengawas yang menyokong ana.

Nasihat ana kepada sesiapa yang bergelar PEMIMPIN, jalankanlah tugas dengan adil dan bertanggungjawab. Komited terhadap tugas, hiraukan fitnah, cacian dan kejian orang. Semakin tinggi pengaruh, darjat dan kedudukan, maka semakin ramai kawan dan juga lawan. Akan wujud sekelompok masyarakat yang tidak suka akan kita walaupun kita menegakkan kebenaran. Nabi pernah bersabda, “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua’lam.

Kem Gerak Sedar



Kem Gerak Sedar Tingkatan telah diadakan selama tiga hari dua malam iaitu pada 6,7, dan 8 Aug 2009. Seramai 110 orang pelajar menyertainya. Objektif program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada para peserta supaya sedar akan diri mereka dan memberi tumpuan kepada pelajaran masing-masing. Program ini dibantu oleh 20 orang pelajar 6 Rendah yang bertindak sebagai fasilitator.

Ana juga sebagai senior fasilitator datang ke kem tersebut bersama dua rakan yang lain. Pada pandangan ana, fasilitator 6 Rendah perlu menjalani kursus dengan secepat mungkin bagi meningkatkan lagi keupayaan mereka, di samping dapat belajar perihal "Skill Communication" dengan lebih mendalam lagi.

Selesai sahaja kem tersebut, ana diserang demam dan selesema. Alhamdulillah!! Ana hanya terkena selesema manusia bukannya haiwan!!

HANDPHONE QURAN

MILIKI SEGERA HANDPHONE QURAN......

Miliki Segera Handphone Quran. Jangan terlambat. Klik pada gambar handphone di atas jika ingin memilikinya. Terima kasih.

Poster Percuma



Dapatkan poster percuma sekarang!!

Vokalis Utama Rabbani Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (gambar), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam.

Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.

Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai itu," katanya ketika ditemui di PMC.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.


AL-FATIHAH.

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

1. “Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah nitamu padanya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihan atas kamu.” (Hadis)
2. “Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan dilepaskan daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan dari huru-hara munkar nakir, ditutup Allah keaibannya pada hari Kiamat dan diwajibkan syurga baginya.” (Hadis)
3. “Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis bulan Syaaban dan akhir Khamis bulan Syaaban, dimasukkan ia ke dalam syurga.” (Hadis)
4. “Syaaban ialah bulanku dan Ramadan ialah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadan ialah menyucikan dosa (rohani dan jasmani)” (Hadis)
5. “Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” (Hadis)
6. “Bahawasanya puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan, Barangsiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum Berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezekinya – antara lain sabda baginda: Bahawasanya Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.” (Hadis)
7. “Hai Aiesyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aiesyah: Ya, aku izinkan. Lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang Nisfu Syaaban itu, baginda sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka baginda telah diambil rohnya (wafat), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kaki baginda. Maka bergeraklah ia, gembiralah aku kerana baginda masih bernafas lagi dan aku mendengar baginda membaca dalam sujudnya;
Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada seksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung daripada kejahatan yang datang dari Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau. Nabi menyuruh Aiesyah mengamalkan doa ini dalam sujud.” (Hadis)

Indahnya Akhlak Kekasih Allah!

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu lansung bertanya setelah selesai bersolat, “ Ya Rasulullah, kami melihat seolah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah Ya Rasulullah?” “Tidak, Ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit.” Desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya, para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti dengan sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, engkau akan korbankan segala-galanya demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”

Pengorbanan Para Pendakwah (Daie)

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (at-Taubah: 111)
Subahanallah! Hiba rasanya hati ini melihat pergorbanan para daie. Amat mulia peribadi mereka menjalankan dakwah yang merupakan tugas para nabi dan Rasul. Mereka bertungkus lumus berkorban diri dan hartanya hanya kerana Allah dan agama-Nya, menjadikan segala-galanya hanya untuk dakwah, mengorbankan segala yang indah disisinya untuk memartabatkan agama Islam. Siapakah yang lebih mulia daripada mereka yang menyeru kepada Allah?
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: ”Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin (yang menyerah diri)?" (al-Fusilat: 33). Akan tetapi mengapakah manusia itu tidak melihat pengorbanan mereka ini ? Malah menolak dakwah, membenci dan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan. Bersabarlah wahai para pejuang Islam sekalian! Sudah lumrah berdakwah itu sesuatu yang rumit dan sukar. Bukankah telah dikatakan dalam al-Quran penyeruan dakwah itu adalah sesuatu yang amat sukar. "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah : `Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu.’ Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (at-Taubah:42) Malahan andai dakwah ini cukup mudah, masakan Rasulullah sanggup mengatakan: "Seandainya diletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, pasti aku tidak akan meninggalkannya melainkan aku menang dengannya atau aku mati kerananya."
Marilah para daie yang cukup mulia. Bangkitlah tanpa kenal rasa sedih dan duka. Melangkah terus maju dan maju dengan memegang al-Quran dan as-Sunnah. Menjadikan tahajud sumber kekuatan diri, menanam erti kegagahan dengan alunan kitab suci yang mengalir dalam darah, berlari dalam layar kehidupan dengan wangian syurga disisi. Insya-Allah kemenangan itu adalah benar dan pasti. Bersabarlah. Namun, dalam menetap kesabaran di hati, seringkali diri kita ini diuji dengan bermacam-macam ujian. Apalah daya bagi seorang manusia yang fitrahnya masih kenal perasaan sedih, penat, dan juga derita. Bersabar dan berserahlah kepada Allah wahai pembaca risalah ini yang bergelar pendakwah!

PESTA BUKU NEGERI SELANGOR '09



Semua diminta hadir beramai-ramai ke PESTA BUKU NEGERI SELANGOR (PKNS). Banyak manfaat yang bakal diperolehi. Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...