ENAM KESILAPAN MEMBUAT RESUME

1)    Salah ejaan dan tatabahasa

Kesalahan ejaan walaupun satu huruf sering dianggap remeh. Tetapi jika ini berlaku, secara tidak langsung ia menggambarkan anda seorang yang tidak teliti dan kurang  cermat.

2)    Menggunakan alamat sementara

Gunakanlah alamat tetap yang membolehkan sebarang surat menyurat dijalankan dengan lancar. Sebahagian tawaran temuduga pada masa ini masih dibuat menggunakan sistem pos. Jika alamat sementara, dibimbangi surat tawaran tidak akan sampai ke tangan anda pada masa yang sepatutnya.

3)    Menggunakan talian telefon yang tetap

Seboleh-bolehnya letakkan beberapa nombor telefon sebagai rujukan. Jika satu nombor tidak dapat dihubungi, syarikat boleh menghubungi anda menggunakan nombor yang lain (sebagai contoh, telefon bimbit dan telefon rumah). Elakkan juga sikap suka menukar-nukar nombor telefon agar komunikasi anda berjalan lancar.

4)    Gambar tidak sesuai

Kepilkan gambar yang sesuai bersama resume anda. Gunakan gambar berukuran pasport dan bukannya digunting daripada kepingan gambar biasa. Pastikan penampilan kemas dan tidak serabut dengan pakaian yang berwarna-warni dan sarat.

5)    Melipat resume

Jangan lipat resume anda. Ia lebih kemas jika diisi di dalam sampul surat bersaiz A4.  Majikan juga mudah membaca resume anda tanpa perlu membuka lipatan yang pastinya menyusahkan.

6)    Tiada surat permohonan

Sertakan bersama surat permohonan sebagai iringan. Di situ nyatakan dengan jelas jawatan yang diminta dan mengapa anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Ia juga sebagai satu sokongan agak majikan memilih anda untuk dipanggil menghadiri temuduga.

1 ulasan:

sabrina said...

salam..emm, bgus akhi highlight topik nie..
dan yg paling ptg..resume bukanlah karangan ttg hidup kita. so tidak perlu la membuat resume dengan panjang lebar dan sesedap rasa kita sahaja. hanya maklumat yang penting sahaja perlu dikemukakan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...