KELEBIHAN BULAN SYAABAN

1. “Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah nitamu padanya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihan atas kamu.” (Hadis)
2. “Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan dilepaskan daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan dari huru-hara munkar nakir, ditutup Allah keaibannya pada hari Kiamat dan diwajibkan syurga baginya.” (Hadis)
3. “Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis bulan Syaaban dan akhir Khamis bulan Syaaban, dimasukkan ia ke dalam syurga.” (Hadis)
4. “Syaaban ialah bulanku dan Ramadan ialah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadan ialah menyucikan dosa (rohani dan jasmani)” (Hadis)
5. “Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” (Hadis)
6. “Bahawasanya puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan, Barangsiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum Berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezekinya – antara lain sabda baginda: Bahawasanya Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.” (Hadis)
7. “Hai Aiesyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aiesyah: Ya, aku izinkan. Lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang Nisfu Syaaban itu, baginda sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka baginda telah diambil rohnya (wafat), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kaki baginda. Maka bergeraklah ia, gembiralah aku kerana baginda masih bernafas lagi dan aku mendengar baginda membaca dalam sujudnya;
Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada seksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung daripada kejahatan yang datang dari Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau. Nabi menyuruh Aiesyah mengamalkan doa ini dalam sujud.” (Hadis)

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...