Alangkah Sedihnya Hati Ini

Terdetik kesedihan dalam hati ana apabila melihat gelagat-gelagat Pengawas SMK Hamzah. Saat ini ana memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas (PKP) di sekolah. Tugas sebagai PKP ini tidaklah berat sangat memandangkan pengawas sendiri tidak komited akan tugas mereka.


Banyak perkara yang ana tidak puas hati dengan pentadbiran pengawas. Kerja tidak sistematik, tiada sistem buku rekod, tiada jenis-jenis jawatan exco yang tersusun, malah mesyuarat antara exco pula jarang diadakan. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan.

Ana pula ada krisis dengan guru pengawas. Bukan apa, hanya kes nametag. Nama ana yang ditulis pada nametag tidak betul sebagaimana yang dikehendaki, jadi ana tidak mengambilnya. Guru pengawas pun marah.

Berkaitan dengan mesyuarat pengawas pula, usul yang ingin dibentangkan dalam mesyuarat ana sudah menyuruh PKP 2 memberikannya kepada guru pengawas terlebih dahulu untuk dibaca. Setelah itu, dia cakap ‘ok’. Jadi, ana pun teruskan mesyuarat dan usulkan cadangan tersebut iaitu menggunakan sistem buku rekod, kod kesalahan pelajar dan lain-lain. Tamat sahaja mesyuarat, ana laksanakan usul tersebut, tapi yang peliknya, guru pengawas ana marah dan dia cakap dia tak tahu. Sedangkan dia ada baca usul tersebut?

Dan ingatlah. Kepimpinan yang ana bawa jauh berbeza dengan kepimpinan pengawas lain. Memang sedih apabila melihat krisis kepimpinan yang berlaku dalam organisasi pengawas, termasuk guru pengawas kini. Kaunselor Tn. Hj. Taifor juga menyatakan hal yang sama kepada ana ketika berbual-bual dengannya. Hendak baik pulih, ana hanyalah PKP, bukannya Ketua Pengawas (KP). Tetapi, alhamdulillah, ada juga segelintir pengawas yang sama pemikiran dengan ana. Sama turut hiba, merasa kepincangan kepimpinan pengawas.

Jadi, ana tidak boleh berbuat apa kerana kuasa terbatas. Ana juga tidak mahu pisang berbuah dua kali. Peristiwa yang sama berulang kembali di sekolah ini. Peristiwa ana sebagai PKP di sekolah lama, melaksanakan tugas seperti Ketua Pengawas. Sehingga ada yang memfitnah bahawa ana ingin merampas kuasa KP. Masya-Allah!! Sungguh berat ujian-Mu kepadaku. Mujurlah adan segelintir pengawas yang menyokong ana.

Nasihat ana kepada sesiapa yang bergelar PEMIMPIN, jalankanlah tugas dengan adil dan bertanggungjawab. Komited terhadap tugas, hiraukan fitnah, cacian dan kejian orang. Semakin tinggi pengaruh, darjat dan kedudukan, maka semakin ramai kawan dan juga lawan. Akan wujud sekelompok masyarakat yang tidak suka akan kita walaupun kita menegakkan kebenaran. Nabi pernah bersabda, “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua’lam.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...