SERINGKALI MANUSIA TERLUPA

Seringkali manusia terlupa siapakah yang menjadikan mereka? Seringkali manusia terlupa siapakah yang memberi udara untuk mereka bernafas? Seringkali manusia terlupa siapakah yang memberi mereka makan dan minum? Untuk terus hidup berkelana di bumi ini?

Seringkali manusia terlupa apakah tujuan sebenar mereka dilahirkan di dunia ini? Seringkali jua manusia terlupa untuk bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi.

Alangkah hinannya manusia... Jika ia berpaling tadah, tidak mengaku Allah Ta’ala Tuhan mereka? Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Sempurna? Tuhan yang mereka dustakan kewujudan dan keEsaan-Nya?

Akan tetapi, Allah itu kaya dengan sifat Pengampun dan Penyayang. Dia tetap menerima taubat-taubat hamba-Nya. Selagi Sang Suria belum memunculkan diri dari ufuk barat, selagi itu lah pintu taubat sentiasa terbuka.

Sekadar Renungan.

Hasil Nukilan,

Mohamad Nurul’Alimin Mohd Hasarudin
Presiden 2008/2009
Badan Kepimpinan Dakwah Islamiah (BAKDIS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah
18500 Machang
Kelantan

minnurcinta@yahoo.com
5 May 2008 (Isnin)
10:39 pm

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...