SEMINAR KECEMERLANGAN STPM 2009

Hari terakhir berada di D’Bali dan bersiap sedia untuk pulang.


PASIR PUTEH, 26, 27, 28 JULAI 2009: Seramai 170 orang pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (SMK Hamzah) Machang, Kelantan yang akan menduduki peperiksaan besar iaitu STPM, telah mengikuti seminar ini. Seminar ini dilaksanakan di D’Bali Prima Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Banyak pendedahan yang telah diberikan seperti teknik menjawab dan analisa soalan tahun-tahun lepas. Matapelajaran yang diberi pendedahan antaranya ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sastera dan Pendidikan Seni.
Penceramah-penceramah yang hadir bukan calang-calang orang. Ada antara mereka merupakan pemeriksa kertas, ketua pemeriksa kertas dan penggubal soalan STPM. Di samping memberi maklumat berkaitan akademik terdapat juga penceramah yang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar SMK Hamzah. Contohnya, En, Hj Hapidin Saat telah memberikan formula kecemerlangan seperti 4T iaitu Target, Tekun, Teknik dan Tawakkal. Seorang pelajar STPM, Mohamad Nurul’Alimin Mohd Hasarudin mengatakan bahawa terdapat banyak input-input yang telah diberikan oleh penceramah tersebut dan akan memungkinkan mereka dapat mencapai 5 Principal A.
Selain itu, terdapat juga aktiviti santai yang disediakan seperti menunggang kuda, menaiki bot. Ada dari kalangan mereka yang membawa alatan pancing sendiri untuk memancing ikan begitu juga dengan para guru. Bagi aktiviti kerohanian, Qiamullail diadakan. Pada hari akhir, selepas perasmian penutup, pelajar-pelajar STPM bersiap untuk pulang dan sampai ke sekolah pada jam 2.30 petang.


0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...