Showing posts with label Tentang Diri. Show all posts
Showing posts with label Tentang Diri. Show all posts

Pameran Aqsa Syarif

Pada hari Sabtu (1 Mei 2010), bersempena dengan Hari Terbuka DUN Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, pihak Aqsa Syarif Kelantan telah menempah gerai untuk diadakan pameran, edaran risalah, tayangan video Palestine dan jualan cenderahati seperti button badge, pen, keychain, selendang, sticker kereta, tabung, penanda buku serta buku nota. Buku ilmiah juga turut dijual disamping mengadakan kutipan derma untuk Palestine. Ramai juga yang hari ke Hari Terbuka DUN Gual Ipoh, termasuk kaum India.

Ehmm, ada perkara yang melucukan ketika ana dengan sahabat ana, Hamizan tengah menjaga gerai Aqsa Syarif ni. Ada ana kaum India datang ke gerai kami, tanya itu dan ini.Hamizan pula, belanja la dua penanda buku (RM 1, satu) kepada budak-budak kecil India tu.

Lebih kurang 5 minit kemudian, budak-budak tu bawa kawan-kawannya untuk ambil penanda buku.Rupa-rupanya, budak-budak tu ingat dapat percuma. Diorang sempat lah ambil dua keping. Terpaksa guna duit ana RM2 lagi. Lepas tu, apa lagi.. simpanlah yang lebih. Nasib baik budak India tu tak bawa kawan-kawannya satu bas, kalau tak...:-)



Program Khatibah

     Program ini diadakan pada hari Khamis (23 Apr), bermula selepas Asar hingga Subuh. Ikhwah semua digalakkan berpuasa sunat pada haari Khamis tu dan akan berbuka bersama-sama. Tapi, ana tak ingat nak puasa la.


     Khatibah ini dijalankan di Surau Dalam Pondok Lama, Tanah Merah, Kelantan. Lebih 20 ikhwah yang hadir, daripada Machang dan Tanah Merah.

sarapan pagi. tak makan dalam talam, sebab saat-saat terakhir, dah nak balik dah. Malas nak basuh talam la.


 khusyuk mendengar wasiat/ tezkirah terahkir sebelum pulang kerumah masing-masing

UJIAN MEdSI

Salam 'Alaik...
Rasanya seperti sudah lama tidak menulis dalam blog ana yang comel ni. he3. Maklumlah tiada masa nak menukilkan sesuatu yang berguna pada blog ini. Boleh dikatakan sibuk, walaupun telah habis waktu belajar, Lepasan STPM tahun 2009. Keputusan mungkin ok lar juga, ana tak mahu lar tulis di sini. Nanti timbul pula pelbagai perasaan yang tidak dikehendaki Allah.

Hari ini ana semak keputusan Ujian MEdSI. Alhamdulillah dapat semak. Hari Khamis baru-baru ni, nak semak pun payah. Line sibuk la tu.

Terkejut la juga apabila lihat slip ujian MEdSI ni, ana kena menduduki ujian MEdSI di SMK PAHI, KUALA KRAI. Ish3.. Dah lah ana tak tahu di mana letaknya sekolah tu. Tapi, tak mengapa. Ana tanya ayahanda Hj Taifor lah. Kaunselor sekolah ana.

Ok lah, ilalliqa'. Semoga bertemu di pertemuan akan datang.

Assalamu'alaikum..

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamu'alaikum. Kepada semua pembaca blog ini yang masih bersekolah, selamat kembali ke sekolah!! Belajar rajin-rajin dan timba ilmu bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi untuk pengamalan dalam kehidupan seharian serta untuk mempertahankan maruah Islam.

Tuntutlah ilmu kerana ALLAH!!

Takbir!!
ALLAHU AKBAR!!

Dakwah Lapangan di KB Mall

Alhamdulillah, ana baru sahaja selesai ikut program dakwah lapangan di KB MALL. Program ni dianjurkan secara individu tanpa ada pertubuhan yang menganjurkannya. Program "Sayengi Sek-Sek Kito", tu lah programnya. Program ini di adakan oleh Akh Zhafri dan Akh Zafran.

Yang menyedihkan, hanya 18 muslimin dan 6 orang muslimat je yang join program ni. Tapi, tak mengapa. Yang penting kualilit, bukannya kuantiti.

Kami sanggup lakukan apa sahaja demi menegakkan syiar Islam di bumu Allah ini. Kami tak dapat apa-apa, cuma pahala je. Habis duit, tenaga dan masa ada lah. tapi, kami rela.

Ana pula sanggup naik bas dari Machang ke Kota Bharu untuk berdakwah. Bersama sahabat ana, Fatihe. Biasanya ana nak motosikal je, tapi kali ni nakik bas. Faham2 lah, bagaimana kalau tak biasa naik bas.

Sebelum ini ana hanya sebar kan agama melalui ceramah, tulisan (risalah), tapi semua ni kata Imam Hassan Al-Banna, adalah orang yang bodoh. Kita perlu turun lapangan, untuk berdakwah, melalui pengamalan/ perbuatan, baru betul berdakwah.

Nabi pernah bersabda, Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat (peringatan). Jadi, Islam ini bukan sendiri2, tapi wajib di sebarkan kepada orang lain.

Ana tak ingat nak ambil gambar, jadi tiada gambar lah untuk ana letak dalam ruangan ni.

JIHAD FI SABILILLAH!!!

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah. Ana baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM hari khamis lepas. Keesokannya pula, ana menyertai KEM BERSAMA MAHASISWA anjuran Kelab Remaja JIM-Jemaah Islah Malaysia. Memang letih la juga. Baru je tamat 'exam', ana kena sertai program itu, bertindak sebagai fasilitator dan juga peserta.

Boleh juga dikatakan, walaupun musim cuti, tapi ana tak cuti. Hehehe......

Alangkah Sedihnya Hati Ini

Terdetik kesedihan dalam hati ana apabila melihat gelagat-gelagat Pengawas SMK Hamzah. Saat ini ana memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas (PKP) di sekolah. Tugas sebagai PKP ini tidaklah berat sangat memandangkan pengawas sendiri tidak komited akan tugas mereka.


Banyak perkara yang ana tidak puas hati dengan pentadbiran pengawas. Kerja tidak sistematik, tiada sistem buku rekod, tiada jenis-jenis jawatan exco yang tersusun, malah mesyuarat antara exco pula jarang diadakan. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan.

Ana pula ada krisis dengan guru pengawas. Bukan apa, hanya kes nametag. Nama ana yang ditulis pada nametag tidak betul sebagaimana yang dikehendaki, jadi ana tidak mengambilnya. Guru pengawas pun marah.

Berkaitan dengan mesyuarat pengawas pula, usul yang ingin dibentangkan dalam mesyuarat ana sudah menyuruh PKP 2 memberikannya kepada guru pengawas terlebih dahulu untuk dibaca. Setelah itu, dia cakap ‘ok’. Jadi, ana pun teruskan mesyuarat dan usulkan cadangan tersebut iaitu menggunakan sistem buku rekod, kod kesalahan pelajar dan lain-lain. Tamat sahaja mesyuarat, ana laksanakan usul tersebut, tapi yang peliknya, guru pengawas ana marah dan dia cakap dia tak tahu. Sedangkan dia ada baca usul tersebut?

Dan ingatlah. Kepimpinan yang ana bawa jauh berbeza dengan kepimpinan pengawas lain. Memang sedih apabila melihat krisis kepimpinan yang berlaku dalam organisasi pengawas, termasuk guru pengawas kini. Kaunselor Tn. Hj. Taifor juga menyatakan hal yang sama kepada ana ketika berbual-bual dengannya. Hendak baik pulih, ana hanyalah PKP, bukannya Ketua Pengawas (KP). Tetapi, alhamdulillah, ada juga segelintir pengawas yang sama pemikiran dengan ana. Sama turut hiba, merasa kepincangan kepimpinan pengawas.

Jadi, ana tidak boleh berbuat apa kerana kuasa terbatas. Ana juga tidak mahu pisang berbuah dua kali. Peristiwa yang sama berulang kembali di sekolah ini. Peristiwa ana sebagai PKP di sekolah lama, melaksanakan tugas seperti Ketua Pengawas. Sehingga ada yang memfitnah bahawa ana ingin merampas kuasa KP. Masya-Allah!! Sungguh berat ujian-Mu kepadaku. Mujurlah adan segelintir pengawas yang menyokong ana.

Nasihat ana kepada sesiapa yang bergelar PEMIMPIN, jalankanlah tugas dengan adil dan bertanggungjawab. Komited terhadap tugas, hiraukan fitnah, cacian dan kejian orang. Semakin tinggi pengaruh, darjat dan kedudukan, maka semakin ramai kawan dan juga lawan. Akan wujud sekelompok masyarakat yang tidak suka akan kita walaupun kita menegakkan kebenaran. Nabi pernah bersabda, “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua’lam.

Kem Gerak Sedar



Kem Gerak Sedar Tingkatan telah diadakan selama tiga hari dua malam iaitu pada 6,7, dan 8 Aug 2009. Seramai 110 orang pelajar menyertainya. Objektif program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada para peserta supaya sedar akan diri mereka dan memberi tumpuan kepada pelajaran masing-masing. Program ini dibantu oleh 20 orang pelajar 6 Rendah yang bertindak sebagai fasilitator.

Ana juga sebagai senior fasilitator datang ke kem tersebut bersama dua rakan yang lain. Pada pandangan ana, fasilitator 6 Rendah perlu menjalani kursus dengan secepat mungkin bagi meningkatkan lagi keupayaan mereka, di samping dapat belajar perihal "Skill Communication" dengan lebih mendalam lagi.

Selesai sahaja kem tersebut, ana diserang demam dan selesema. Alhamdulillah!! Ana hanya terkena selesema manusia bukannya haiwan!!

SEMINAR KECEMERLANGAN STPM 2009

Hari terakhir berada di D’Bali dan bersiap sedia untuk pulang.


PASIR PUTEH, 26, 27, 28 JULAI 2009: Seramai 170 orang pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (SMK Hamzah) Machang, Kelantan yang akan menduduki peperiksaan besar iaitu STPM, telah mengikuti seminar ini. Seminar ini dilaksanakan di D’Bali Prima Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Banyak pendedahan yang telah diberikan seperti teknik menjawab dan analisa soalan tahun-tahun lepas. Matapelajaran yang diberi pendedahan antaranya ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sastera dan Pendidikan Seni.
Penceramah-penceramah yang hadir bukan calang-calang orang. Ada antara mereka merupakan pemeriksa kertas, ketua pemeriksa kertas dan penggubal soalan STPM. Di samping memberi maklumat berkaitan akademik terdapat juga penceramah yang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar SMK Hamzah. Contohnya, En, Hj Hapidin Saat telah memberikan formula kecemerlangan seperti 4T iaitu Target, Tekun, Teknik dan Tawakkal. Seorang pelajar STPM, Mohamad Nurul’Alimin Mohd Hasarudin mengatakan bahawa terdapat banyak input-input yang telah diberikan oleh penceramah tersebut dan akan memungkinkan mereka dapat mencapai 5 Principal A.
Selain itu, terdapat juga aktiviti santai yang disediakan seperti menunggang kuda, menaiki bot. Ada dari kalangan mereka yang membawa alatan pancing sendiri untuk memancing ikan begitu juga dengan para guru. Bagi aktiviti kerohanian, Qiamullail diadakan. Pada hari akhir, selepas perasmian penutup, pelajar-pelajar STPM bersiap untuk pulang dan sampai ke sekolah pada jam 2.30 petang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...