ISLAM RISALAH SELURUH ALAM

     Apabila risalah ini tidak terbatas kepada masa dan generasi, maka sedemikian pulalah ia tidak terbatas kepada satu tempat, atau segolongan umat atau satu bangsa atau satu kelas masyarakat tertentu. Sesungguhnya ia adalah risalah sejagat yang merangkumi setiap umat, setiap jenis manusia, setiap bangsa dan setiap kelas di dalam masyarakat. Ia bukan risalah bagi satu bangsa yang tertentu, yang mendakwa bahawa bangsanyalah pilihan Tuhan danseluruh manusia mesti tunduk kepadanya. Ia bukan risalah bagi kawasan tertentu sehingga kawasan-kawasan lain terpaksa mengakuinya supaya ia dapat menarik keuntungan daripadanya. Ia bukan risalah bagi satu kelas terteniu dalam masyarakat supaya ia dapat memerintah kelas-kelas yang lainnya berkhidmat untuk kepentingannya atau mengikut kemahuannya ataupun ia dapat mengekploitasinya, sama ada kelas yang berkuasa itu dan kalangan orang-orang kuat atau orang-orang lemah, dan kalangan pemimpin atau hamba, dan kalangan orang-orang kaya, atau orang-orang miskin ataupun dan kalangan rakyat.

     Sesungguhnya Islam adalah risalah untuk mereka seluruhnya, bukan untuk kepentingan satu golongan daripada mereka. Dan tidaklah menjadi hak monopoli satu golongan tertentu untuk memahamkan, menafsirkan serta mendakwahkan Islam seperti yang disalah-fahamkan setengah-setengah orang. Sesungguhnya ia adalah hidayah Tuhan manusia kepada setiap manusia dan rahmat Allah bagi setiap hamba Allah.
  
“Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam.” (Surah An-Anbiya’: 107)

“Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada Mu semua.” (Surah Al A’raaf: 158)
 
“Mahasuci Allah yang telah menurunkan Al Furqan kepada hambanya agar dia menjadi peringatan kepada seluruh Alam.” (Surah Al-Furqan: 1)

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat.” (Surah Al An’aam: 90)
   
     Setengah orientalis menyangka bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengisytiharkan dan permulaannya bahawa beliau adalah utusan Allah s.w.t. kepada seluruh manusia, tetapi hal itu dilakukannya setelah beliau mendapat kemenangan ke atas kaumnya bangsa Arab. Maka ayat-ayat yang kita sebutkan itu menolak sangkaan mereka. Ini disebabkan kefahaman mereka terhadap ayat-ayat Makkiyyah. Ayat-ayat sepertinya banyak di turunkan pada masa-masa permulaan turunnya AlQuran.

(Syeikh Yusof Qardawi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...