Jihad Melawan Hawa Nafsu vs Jihad Berperang (fi sabilillah)

Salah satu kekeliruan tentang konsep jihad yang sering diperbincangkan dan semakin diperkatakan oleh masyarakat Islam dewasa ini ialah salahfaham bahawa jihad yang dimaksudkan dalam Islam tidak membawa maksud peperangan. Malah, ada segelintir sarjana dan pemikir yang cuba menafikan peperangan sebagai salah satu bentuk jihad. Malahan, jihad melawan hawa nafsu itu dikatakan lebih baik dan lebih utama dari berperang di medan peperangan. Biarpun konsep jihad mengandungi pengertian yang luas dan dapat dimanifestasikan menerusi pelbagai bentuk, namun satu fakta yang jelas ialah jihad tidak dapat dipisahkan dari maksud peperangan.
Kekeliruan ini sebenarnya berpunca daripada para Orientalis yang ingin menghapuskan semangat jihad di kalangan ummat Islam, kerana mereka sedar akan kekuatan semangat jihad dan signifikannya dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam. Ini terbukti melalui kajian yang mereka lakukan sebagai postmoterm Perang Salib dan juga kajian tentang sejarah zaman kegemilangan Islam, di mana mereka dapati bahawa faktor pendorong kejayaan ummat Islam adalah semangat jihad. Puak ini dengan aktifnya cuba mengelirukan ummat Islam sendiri dan juga cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam tentang konsep jihad.
Golongan yang berpendapat sedemikian berpegang pada sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang menyifatkan jihad berperang sebagai jihad kecil dan jihad melawan hawa nafsu sebagai jihad yang lebih besar atau utama. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud: “Kami telah pulang dari jihad yang kecil untuk jihad yang lebih besar”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah dia jihad yang besar?” Rasulullah menjawab: “Jihad melawan hawa nafsu”.
Hadith di atas membawa konotasi secara umum bahawa istilah jihad bukan sahaja bermaksud berperang dengan musuh di medan perang, akan tetapi ia juga membawa maksud peperangan seseorang individu dengan hawa nafsunya sendiri. Ia juga menggambarkan bahawa berjihad melawan hawa nafsu merupakan suatu amalan yang lebih besar dan utama dari berperang pada jalan Allah. Jika hadith ini ternyata sahih (autentik) ini bermakna jihad dalam erti kata perang adalah tidak begitu penting berbanding dengan jihad melawan hawa nafsu. Oleh itu, ummat Islam tidak perlu ke medan perang, kerana memadai bagi mereka melawan hawa nafsu untuk mendapatkan pahala dan ganjaran yang lebih besar.

Pada dasarnya, kekeliruan ini timbul disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya ialah:
1) Pertama, kedangkalan ilmu tentang keaslian, kebenaran dan authenticity hadith tersebut dan sejauhmana kekuatannya untuk dijadikan dalil dan hujah.
2) Kedua, kurang penguasaan Bahasa Arab serta tidak dapat memahami makna sebenar sesuatu hadith.
3) Ketiga, kesan dari distortasi makna sebenar hadith serta propaganda Barat dan para Orientalis dan musuh-musuh Islam di dalam penulisan mereka.Para ulama’ yang mengkaji kebenaran serta keaslian hadith ini merumuskan bahawa hadith ini sebenarnya tidak dapat dipastikan kebenarannya. Imam al-Iraqi mengatakan isnad (susur galur perawi yang meriwayatkan hadith) hadith ini dha’if atau lemah. Maksudnya, dari segi keasliannya dan kebenarannya, hadith ini tidak cukup kuat untuk dijadikan hujah. Ibn Hajar pula mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Ibrahim bin Ablah, salah seorang yang tidak boleh dipercayai periwayatannya. (Muhammad Khayr Haikal,1996, jil. 1: 46).
Walaubagaimanapun, seandainya hadith ini sahih dan penilaian ulama hadith ternyata silap, hadith ini perlu diberi penjelasan dan dilihat dari sudut bahasa dan makna. Jihad melawan nafsu dikatakan lebih “besar” dari jihad peperangan kerana secara logik, sebelum seseorang membuat keputusan untuk berjihad dan berperang di jalan Allah, dia perlu “berperang” dengan dirinya sendiri terlebih dahulu serta berperang dengan hawa nafsunya, agar dia memperoleh kekuatan untuk berjuang serta semangat untuk berkorban di jalan Allah. Dengan kata lain, individu tersebut perlu berjihad menentang sifat penakut, sifat malas dan tidak rela menghadapi kesusahan dan maut serta perasaan cintakan kehidupan dan kesenangan. Tambahan lagi, jihad melawan hawa nafsu merupakan prasayarat untuk seseorang keluar berjihad dan berperang di jalan Allah.
Oleh itu, demi menggambarkan kepentingan jihad tersebut, Rasulullah s.a.w. secara kiasan (metafora) telah menyebutnya sebagai jihad yang “lebih besar”. Kesimpulannya, frasa “lebih besar” sepertimana yang terdapat dalam hadith tersebut hanyalah kiasan dan bukanlah memberi makna secara zahir atau literal. Sebagai perbandingan untuk apa yang kita bincangkan, kita ambil contoh solat dan wuduk. Tidak dinafikan, solat ternyata lebih utama dari wudhuk. Tetapi sebelum mengerjakan solat, seseorang wajib mengerjakan prasayarat solat terlebih dahulu, iaitu mengambil wudhuk. Ini tidak bermakna wudhuk lebih utama atau lebih besar signifikannya daripada solat.

JIHAD FI SABILILLAH!!

Jihad merupakan suatu amalan ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tersendiri. Ia adalah kemuncak amalan terpuji yang dituntut di dalam Islam, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain selain daripada solat wajib. Majoriti ulama’ Islam berpendapat jihad adalah lebih utama daripada solat dan puasa sunnat, sepertimana yang digambarkan melaui hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia merupakan satu prinsip yang agung di dalam Islam kerana ia merupakan salah satu cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. (Wahbah al-Zuhayli, 1996, jil. 6: 448)
Oleh kerana itulah jihad menjadi fardhu (tuntutan yang wajib) dan perintah yang berkekalan hingga ke hari Kiamat. Allah taala berfirman di dalam surah al-Haj ayat ke 78 yang bermaksud:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah s.w.t. dengan jihad yang sebenar-benarnya”
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: “Apakah perbuatan yang paling baik? Jawab Rasulullah s.a.w. : ‘Beriman kepada Allah Taala’. Kemudian perbuatan apa pula? Jawab Rasulullah s.a.w.:‘Jihad pada jalan Allah’. Kemudian apa pula? Jawab Rasulullah s.a.w.: Haji yang mabrur”.
Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. untuk mereka yang berjihad samada dengan nyawa atau harta benda termasuklah pahala yang besar, maghfirah (keampunan) dari segala dosa daripada Allah Taala, kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di Akhirat, selamat dari azab kubur dan seksa Neraka serta jaminan tempat yang eksklusif di Akhirat dan di Syurga. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak dan istimewa kepada para mujahidin, terutamanya yang mati syahid di medan perang kerana mereka adalah tentera Allah di muka bumi. Perlu dijelaskan di sini, meskipun jihad boleh diterjemahkan dan dilakukan melalui beberapa wadah dan cara, namun berjihad dengan jiwa raga adalah yang paling utama dan paling dituntut oleh Islam. Pengorbanan seseorang berjihad semata-mata kerana Allah tidak dapat ditandingi dengan mana-mana amalan yang lain. (Sheikh Abdullah, 1995:14)
Demikian dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith sahih (benar dan autentik) yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Beritahulah aku, amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah s.a.w. menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Apabila mujahid (pejuang) berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus-menerus tanpa berbuka walau sehari? Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?”
Rasulullah di dalam hadith yang lain juga pernah bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala telah menjamin bagi orang yang pergi berperang fi sabilillah (untuk menegakkan agama Allah) dengan firmannya: Siapa yang pergi berjihad hanya semata-mata untuk membela dan menegakkan agamaKu, dan kerana iman kepadaKu, serta percaya kepada RasulKu; maka Aku menjamin bahawa aku akan masukkannya ke dalam Syurga (jika dia mati di medan perang) atau mengembalikannya pulang ke rumahnya membawa kemenangan, berupa pahala dan harta pampasan”.
Seterusnya di dalam hadith yang lainnya, Rasulullah s.a.w. menjelaskan kelebihan berjihad :
“Dari Anas bin Malik r.a.berkata. Rasulullah s.a.w. bersabda: jihad fi sabilillah pagi dan petang lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya”.
Oleh kerana jihad melibatkan pengorbanan yang besar dari segi harta dan juga nyawa, maka dalam melaksanakannya seseorang Muslim perlu mempunyai tahap keimanan yang tinggi agar dapat melaksanakan jihad dengan niat yang benar, ikhlas dan penuh keredhaan. Di dalam al-Qur’an, Allah Taala menjelaskan dengan ayat yang indah bahawa jihad adalah umpama satu pelaburan yang paling menguntungkan bagi seseorang Muslim, disebabkan keistimewaan ganjarannya yang tidak tertanding. Allah s.w.t berfirman, di dalam surah al-Saf ayat 10-13, maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ’adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan ada lagi kurnia lain yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”
Selain yang disebutkan di atas, di antara ganjaran dan kelebihan yang akan dinikmati oleh orang-orang yang berjihad, terutamanya yang syahid (mati kerana berjihad) ialah: (Sheikh Abdullah,1995: 27)
i) Ruh para mujahid yang syahid berada di dalam burung-burung hijau yang berterbangan bebas di Syurga.
ii) Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan mereka.
iii) Peluang meminta syafa’at daripada Allah agar pahalanya dapat digunakan untuk mengampuni sehingga 70 orang ahli keluarganya.
iv) Pada hari Pembalasan, orang yang syahid ketika berjihad akan datang dengan rasa yakin dan selamat daripada ketakutan terhadap balasan dan seksaan.
v) Mujahid yang syahid tidak akan merasa sakit dan terseksa semasa saat kematian. Mereka hanya akan berasa seperti dicubit sahaja.

Ijtima' Ulama' Muda Negeri Kelantan

Ijtima' ini berlansung pada 28 Dec 2009, bermula jam 8.30am- 5.30 pm. Bertempat di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC). Ana berpeluang solat Zohor berjemaah bersama Tok Guru dan sem,pat bersalam dengannya. Gembira juga la dapat bersalam dan bersua muka dengan ulama'.

Ijtima' ini di rasmikan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz.




Tamrin Pemuda PAS DUN Kubang Kerian

Tamrin Pemuda PAS Peringkat DUN Kubang Kerian telah diadakan pada 24-26 hb Dec 2009, bertempat di Markas Dewan Ulama' (MADU), Kelantan.

Tamrin ini bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat pemuda PAS dalam perjuangan PAS serta agama Islam.

Gambar-gambar sepanjang berada di MADU.

























Tamrin Anak-Anak Pimpinan PAS

Program Tamrin Pimpinan Anak-Anak PAS peringkat DUN Salor telah diadakan pada 17-19 hb Dec 2009. Tamrin ini dilaksanakan di Markas Dewan Ulama' (MADU), Kelantan.

Ana terlibat dalam pengurusan program ini. Ana dan sahabat lain bertugas sebagai urusetia dan fasilitator kem. Sahabat ana terdiri daripada mahasiswa KIAS, UUM dan IPG.


Penuntut IPG, Akh Zhafran tiada dalam gambar di atas.




tengah tunggu bas nak balik ke rumah masing-masing

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamu'alaikum. Kepada semua pembaca blog ini yang masih bersekolah, selamat kembali ke sekolah!! Belajar rajin-rajin dan timba ilmu bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi untuk pengamalan dalam kehidupan seharian serta untuk mempertahankan maruah Islam.

Tuntutlah ilmu kerana ALLAH!!

Takbir!!
ALLAHU AKBAR!!

Sikap Rakyat Malaysia

Cuba lihat sikap rakyat Malaysia di atas. Tong sampah ada di situ tapi sampah dibuang di tepi tong sampah. Kenapa tak dibuang ke dalamnya? Bukannya jauh, sebelah je. Kalau lah tong sampah ni boleh bercakap, "kenapa diorang ni tak buang sampah dalam aku? Buat penat je aku berdiri, macam tak ada makna aku dicipta. Rakyat Malaysia sekalian!! Manfaatkanlah aku. :-( Tak reti bahasa ke?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...